Assalamualaikum warah matullah hi wabarakatuh, terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang sudi berkunjung ke sini. Saya mohon maaf kepada anda semua kerana tidak dapat mengemaskinikan blog ini dalam 3 hari lepas kerana ada hal yang mustahak, ke Pahang atas urusan keluarga.
Ucapan Takziah saya ucapkan kepada sahabat saya Musa Bin Kamaruddin yang baru sahaja kehilangan saudara kandungnya Zulkifli bin Kamaruddin yang meninggal dunia pada 30/4/2011. Al- Fatihah, moga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan insan-insan yang baik di syurga. Arwah telah meninggal dunia sewaktu sedang tidur di dalam bilik di rumah sewanya.Sedikit sebanyak membuatkan saya terfikir betapa maut itu datang dalam pelbagai cara, walau sedang tidur sekalipun.
3 comments:
takziah...meninggal dunia waktu tidur.. same mcm arwah senior ct tahun lepas.. umur 22 tahun.. mati tak kira masa, tempat, usia..
ajal maut ketentuanNya
semoga arwah bersama dengan org yg beriman. amin
harap kita sentiasa bersedia dgn bekalan akhirat
terima kasih siti dan abg sop, apa boleh buat,sudah ajalnya.
Post a Comment