Tempat Perlancongan yang menarik di Taiping

Respons: 1 comments
Entry Kali ini adalah sambungan daripada entry yang lepas Muzium Perak dan Zoo Taiping. Di harapkan sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan para pembaca yang mana tempat-tempat yang menarik ada di Taiping.



Kompleks Sejarah Matang(dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim) yang terletak di Bukit Gantang, Matang (dulu Permatang), Perak, telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan adalah anak kepada Cek Long Jaffar orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama. Kompleks ini adalah merupakan sebuah bangunan yang beliau jadikan sebagai rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut dan ditempatkan di kawasan seluas 0.8094 hektar. Bangunan ini dibina hanya menggunakan bahan-bahan yang terdiri daripada batu batan sahaja.
Setelah Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura pada 4 Februari 1895, Kota ini diletak dibawah pengawasan pentadbiran Inggeris sehingga ianya dijadikan sebagai Maktab Perguruan Melayu Matang (1913-1922). Selepas itu dijadikan pula sebagai Sekolah Melayu (1913-1941). Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) ianya berperanan sebagai Markas Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah dan berakhirnya Perang Dunia Kedua tahun 1946, ianya dijadikan semula sebagai Sekolah Melayu (1945-1984). Kota ini dijadikan Kompleks Sejarah Matang hingga sekarang mulai tahun 1985 setelah ianya diserahkan kepada Jabatan Muzium Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Muzium dan Antikuiti).

Koleksi dan Galeri

Koleksi muzium terdiri daripada semua jenis artifak berhubung kait dengan kronologi penubuhan kompleks ini sendiri.
Pameran tetap muzium memperagakan artifak berhubungkait dengan kronologi penubuhan bangunan dan penggunaan bangunan itu sendiri bermula daripada keluarga Cek Long Jaffar, Ngah Ibrahim, Pemerintahan Inggeris, Pendudukan Jepun, Maktab Latihan Perguruan Melayu Matang dan Sekolah Melayu.

Hari & Masa Lawatan

Setiap hari dari 9.00 pagi - 5.00 petang
Bayaran Masuk
Percuma

Pegawai untuk dihubungi

Pn. Zairul Hida - Penolong Kurator

Alamat

Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim,
Matang, Taiping, 34750 Perak
Tel : +605 8477970 , +605 8472497
Faks : +608 8477757

1 comment:

Unknown said...

salam awie..owh..sebenarnya sy ada satu cadangan untuk template awie nie..apa kata awie guna template SOE FRIENDLY.ringan,simple..nanti aku seand kat u email yea..apa dah jadi!!sebuah fan page facebook menghina islam

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog