Pada 1900, bahagian belakang bangunan asal telah disambung untuk Balai Pameran dan pembinaan ini siap sepenuhnya pada 1903.
Pembinaan bangunan muzium ini diusahakan oleh Residen Perak, Sir Hugh Low dan kurator pertama Muzium Perak ialah Leonard Wray Jr. Keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan, dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi.
Muzium ini yang ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti mempunyai tarikan utama iaitu koleksi orang asli yang lengkapdan terbaik. Selain itu, terdapat juga peralatan-peralatan peninggalan British seperti sauh kapal, tugu peringatan, kapal terbang dan lanca.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan:
- Tandas Awam
- Tempat Letak Kereta
- Kaunter Penerangan
- Perpustakaan Mini
- Pondok Telefon
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Jabatan Muzium dan Antikuiti Wilayah Tengah
Muzium Perak
Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-807 2057
http://www.museumperak.gov.my
4 comments:
haha.. aku pi pun semata2 nak cari bahan untuk subjek sejarah time SPM dulu..
bagus2
terima kasih sahabat sudi komen kat blog yang tak seberapa ni, sudah banyak berubah dah, senang2 singgah la dekat muzium ni memang best dari dulu
from muo to taypeng with love...taypeng mmg best byk tmpt2 bsejarah & menenangkan jiwa...area bukit larut tmpt paling best
MUO BANDAR MAHARANI
Terima kasih Odah sudi komen, haa tepeng memang best dan banyak tempat bersejarah, area bukit larut tmpat paling best cuma kalau musim hujan agak mengecewakan sikit.
Post a Comment