Samsung Galaxy 5

Respons: 3 comments
Agak sekian lama tak kemaskini blog ini. Hari ini saya nak berkongsi dengan anda sebuah gajet yang agak murah tapi banyak kegunaan dan sangat berguna. Samsung Galaxy 5. Rasanya gajet ini tidak asing lagi kerana sudah beberapa bulan berada di pasaran. Saya telah membeli telefon Galaxy 5 ini di Taiping Sentral dengan harga RM599, harga pada waktu itu sekitar bulan February, tapi sekarang harganya mungkin sudah dalam lingkungan harga RM550.

Apa yang menariknya telefon ini di lengkapi dengan Android 2.1. Di waktu ini kebanyakan telefon canggih sudah di lengkapi dengan Android. Apa itu android?.

Berikut penerangan ringkas apakah itu Android yang di petik dari Wikipedia.

Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google).


Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.


Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, pada awal dahulu, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.


Sistem operasi Android adalah platform smartphone terlaris di dunia, mengalahkan Nokia Symbian dari kedudukan teratas 10 tahun.


Android mempunyai komuniti besar pemaju menulis program aplikasi (apps). Dianggarkan sekarang ini ada lebih dari 150.000 aplikasi yang sedia untuk Android. Muaturun percuma!!!



Sejarah versi sistem operasi Android bermula dengan versi 1.0 pada bulan September 2008. Diikuti 1.1 (9 February 2009),

1.5 - cupcake (30 April 2009),

1.6 – donut (15 September 2009),

2.1 – eclair (26 October 2009),

2.2 – froyo (20 May 2010),

2.3 – gingerbread (6 December 2010),

3.0 – Honeycomb (22 February 2011)

dan seterusnya yang bakal dikeluarkan adalah ice cream sandwich – kemungkinan pertengahan tahun 2011.

Selain daripada itu telefon yang saya beli ini juga di lengkapi dengan software Papago Navigation. Software Papago yang di lengkapi di dalam telefon Galaxy 5 saya ini amat membantu saya sewaktu perjalanan ke Uitm Jengka, Pahang tempoh hari dan semalam sewaktu saya pergi ke Hospital Besar Pulau Pinang.

3 comments:

Fahmi Jaafar said...

iOs gak tbaik.. haha :)

Unknown said...

belum pernah guna samsung..sebab bnyak member kate samsung mempunyai function yg susah sikit berbanding nokia dan sony..tapi selera manusia kan lain so..hehe....tq for the tips awie..
20 top lagu english masa kini part 2

Zawawi Japilos said...

pada mulanya memang rasa nak punggai(lempar) ja kata orang batu kurau.yela biasa seumur hidup penah pegang hp nokia,csl,sony erricson jer tetiba ntah macam mana tergerak hati nak beli samsung g5 ni..tapi setelah beberapa lama baru saya tahu rupanya samsung g5 ini lebih menarik dari HP nokia.setakat ini belum pernah lagi kena virus macam kena dekat HP nokia.kebanyakan fungsi dalam hp ni nampak macam susah tapi bila dah biasa rasa mudah ja, sangat membantu dalam kehidupan seharian..dalam masa yang sama boleh jadi alat GPS, boleh jadi alat perhubungan HP.Em lagi satu Hp ni di lengkapi dengan wifi,memang betul2 best, boleh buka youtube dan download terus masuk dalam memory hp, lepas tu boleh tonton dan gelak sorang2 hehhe...

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog