Kedai Gunting Rambut Nizar

Respons: 5 comments
Kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua sebuah lagi kedai gunting rambut yang terdapat di pekan Batu Kurau ini. Kalau sebelum ini saya pernah berkongsi dengan anda semua Kedai Gunting Rambut Yusri .

Kedai gunting rambut ini di miliki oleh Abang Nizar, sebut sahaja apa fesyen yang anda mahukan insyaALLAH beliau akan cuba penuhi permintaan pelanggannya, tapi pastikan pada waktu yang tidak sibuk. Harganya pun amatlah berpatutan jadi tak rugilah kalau kita mendapatkan perkhidmatan menggunting rambut darinya.

Untuk pengetahuan para pembaca lagi, anda akan rasa amat berpuas hati kerana mesin yang di gunakan bukanlah mesin murahan yang boleh di dapati dengan mudah di pasar hari, keselesaan dan kepuashatian pelanggan menjadi keutamaan beliau. Kedai Gunting Rambut ini masih baru lagi beroperasi berbanding kedai-kedai gunting rambut yang lain namun sudah ramai yang menggunakan perkhidmatan menggunting rambut dari beliau. Senang-senang singgahlah ke Kedai Gunting Rambut Nizar, di Jalan Kampung Perak Baru, Batu Kurau, Taiping Perak. Berhadapan dengan Kedai Komputer Ilmiah.

5 comments:

gnesop said...

Berapa ringgit?

Zawawi Japilos said...

Kanak-kanak dalam RM3, Dewasa RM4 dan ke atas

Muhammad Izuan said...

slm. mesen yg kat pasar tu mmg takleh pakai. yg ratus2 tu bru ok... minat nak buka kedai gunting rambut satu masa nanti.

Anonymous said...

slm saya ni tak thn nak maintain rambut.stiap kali kene pakai gel lah,shampoo lah.bang ada pe2 idea ape stail boleh buat?

Anonymous said...

cadangan yang paling bernas cukur rambut sehingga botak..maintain..so lepas ni tak perlu nak taruk gel atau shampoo dah

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog