Semalam saya ada maklumkan
yang saya akan pergi kenduri.Wafi saya tinggalkan pada opahnya.Oleh kerana perlu memenuhi dua jemputan kenduri,jadi saya pastikan yang wafi tidur sebelum kami pergi.
Jam pukul1 petang kami sampai ke kenduri yang pertama.Menu yang tinggal hanyalah daging gulai dan sayur kobis goreng.Alhamdulillah syukur dah itu rezeki saya dan isteri.Sedap daging gulainya.
Jam dua petang saya dan isteri sampai ke kenduri yang kedua. Mungkin tamu kurang yang datang jadi masih banyak menunya.Kami makan agak banyak kali ni.Apabila pulang ke rumah mertua Wafi baru bangun tidur dan menangis.Memang tepat pada masa.Sedang isteri menyusukan Wafi.Hujan turun dengan lebat sampaila ke petang.Lebih kurang jam enam kami pulang ke rumah mak saya di pekan Batu Kurau.
Di rumah,bermulalah saya dan isteri sakit perut dan berulang ke tandas hinggalah ke malam ni.Maka hari ni semua program yang dirancang terpaksa dibatalkan.Mujurlah anak ayah tak buat perangai hari ni.
No comments:
Post a Comment