Beginilah pemandangan sawah padi yang masih diusahakan di Kampung Perak.Kalau zaman dahulu bendang ini diusahakan oleh setiap pemilik tanah,pembajakan petak bendang menggunakan kerbau.Penyemaian anak padi pula secara manual iaitu benih padi yang terpilih di semai dahulu di rumah,setelah tumbuh,anak-anak padi tersebut akan di semai di bendang dengan menggunakan tangan.Setelah padi masak dan menguning,padi akan dituai kemudian akan berlaku proses memukul padi untuk mengasingkan padi dari jerami.Padi tersebut diletakkan ke dalam guni untuk di bawa pulang ke rumah dan untuk di proses menjadi beras,kebiasaannya,padi tersebut akan dijual sebahagian untuk mendapatkan duit buat membeli barangan keperluan yang lain.
Seiring dengan kemajuan zaman,teknologi pertanian telah digunakan untuk mengusahakan sawah. Jentera moden digunakan seperti jentolak untuk membajak petak padi. Mesin penyembur pula digunakan untuk menaburkan benih dan juga baja. Setelah padi menguning jentera penuai digunakan untuk menuai padi. Padi yang telah dituai pula akan dimuatkan ke dalam lori dan dihantar ke Kilang Pemprosesan Padi yang berhampiran untuk diproses menjadi beras. Segalanya telah menjadi mudah dengan adanya teknologi pertanian.
Walaupun adanya teknologi moden yang memudahkan para pesawah untuk melakukan aktiviti penanaman padi, rata-rata pemilik tanah sawah kini telah menukar kepada penanaman sawit yang lebih menguntungkan mereka, mahupun membuat rumah di atas tanah sawah tersebut, menyebabkan kini kawasan penanaman padi di kawasan Batu Kurau kini semakin lama semakin mengecil.
Kemungkinan besar generasi 10-20 Tahun akan datang di Batu Kurau tidak dapat melihat lagi aktiviti penanaman padi di sawah kerana bakal berubah menjadi ladang kelapa sawit, kebun sayur, ladang peliharaan kerbau, lembu, kambing, mahupun jadi tapak rumah.
Published with Blogger-droid v2.0.9
No comments:
Post a Comment