Pagi ni ibu masakkan air panas awal pagi.Jam belum pukul 10 air panas dah sedia untuk mandikan anak ayah.
Dengan penuh semangat ayah bukakan baju anak ayah dan mandikan anak ayah,ibu pula sabunkan anak ayah.Alhamdulillah anak ayah tak menangis pula pagi ni.
Selepas mandikan anak ayah,ayah terus bawa masuk rumah dan lap seluruh badan.Agaknya selesa,tersenyum je dia.
Kali ni ayah nak buat kelainan,ayah ambil losyen,ayah urut seluruh badan kaki tangan anak ayah,anak ayah senyum ja.
Selepas pakaikan baju,anak ayah nangis pula.Rupanya nak menyusu.Ayah bagi pada ibu,baru menyusu sekejap,anak ayah dah lena.Dah dekat 2jam.Selesa dan nyaman agaknya.Ayah dan ibu nak pergi kenduri ni.
Wafi baik-baik ye dengan mak lang dan opah nanti.
Published with Blogger-droid v2.0.9
No comments:
Post a Comment