Panduan Membuat Solat Kita Kusyuk

Respons: 5 comments
Assalamualaikum Warah Matullah Hiwabarakatuh................

Hari ni saya nak berkongsi sediki dengan anda semua berkenaan bagaimana untuk membuatkan solat kita kusyuk. Kadangkala ada diantara kita mengerjakan solat terlupa rakaat dan membuatkan kita kena mengerjakan semula solat semula.





Satu pertanyaan telah saya ajukan kepada Prof Dr Hj Shahrin Abd Rahman berkenaan bagaimana nak buat jika kita sering lupa rakaat sewaktu sedang solat.

Menurut beliau, ia menunjukkan kita tidak ada penumpuan dalam solat, jadi sebelum mengambil wudhu, mengucap dahulu 2 kalimah syahadat, semasa mengambil wudhu' gunakan air yang kecil saja untuk mengelakkan pembaziran ( salah satu sebab kita tak boleh tumpu pada solat kita), sewaktu mengambil wudhu', ingat satu persatu anggota yang kita basuh, jangan lalai, buat dengan sempurna dan jangan hanya nak melepaskan perkara wajib, lepas wudhu' bacalah doa selepas wudhu' , jika ada masa lebih lakukan solat wudhu'2 rakaat kalau tak sempat jangan bercakap selepas ambil wudhu'..diam dan tumpuan hanya pada nak solat. Sewaktu berada di tempat nak solat bacalah surah An Nas sekali, mohonlah perlindungan Allah dari syaitan, sewaktu solat baca kuat bacaan doa iftitah, fatihah, surah agar terdengar pada telingat kita, biar telinga kita dengar satu persatu bacaan kita, begitulah seterusnya rukuk, sujud dll, perhatikan satu persatu insyaallah takkan terlupa rakaat yang kita buat

5 comments:

Kak Long said...

terima kasih syg tlg tanya soalan ni kat Ustaz Shahrin & share kat sini (^_^)

awie958 said...

sama-sama kasih yang...:-)

khairul said...

tu la kan kdg2 slalu terlupa .."eh aku rakaat ke berapa tah ni "...

khairul said...

dan yg paling best..time sembahyang la idea suka datang..benda yg ilang kita teringat letak kt mana ..lepas tu satg nak makan apa..mcm2 datang dlm fikiran hmmmmmmmmm

awie958 said...

haa betul2 rata2 mesti akan rasa macam mana abg khairul rasa tu...

jadi setakat mana solat kita diterima oleh ALLAH?

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog