Lembaga Air Perak Buat Hal Lagi

Respons: 3 comments
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.............

Pagi-pagi lagi hari ni saya dah gerak ke Klinik Jalan Tupai jadi saya tidak tahu apa yang berlaku dekat pekan Batu Kurau, bila saya pulang jam sudahpun menunjukkan pukul 10.30pagi terus tergesa-gesa buka kedai. Waktu tengah hari tadi dengar ada bunyi Back Hoe kuat sangat berdekatan dengan kedai, rupanya ada orang LAP( Lembaga Air Perak) bersama dengan kontraktor yang berdaftar buat kerja menukar kunci air berdekatan dengan gerai buah Paridah dan juga di hadapan telefon awam berhadapan dengan Pejabat Penghulu.

oleh kerana jam sudah tengah hari saya pun pulang ke rumah. Apabila sampai ke rumah, mak saya sudah merungut dirumah kerana air tidak ada, paip hanya bunyi angin saja. Paling sadisnya mak memang tak simpan langsung air hari ni dan kebetulan pula air kolah di bilik air tinggal sedikit sahaja.

Saya rasa bukan di rumah saya sahaja mengalami keadaan sedemikian, ada beberatus buah rumah lagi terlibat apabila keadaan pihak LAP membuat penyelenggaran begini. Keadaan seperti ini menyusahkan banyak pihak. Sepatutnya sebelum melakukan sebarang kerja-kerja penyelenggaraan pihak LAP seharusnya memberikan notis sekurangnya dalam masa 24 jam agar pelanggan seperti kami ni dapat menyimpan air terlebih dahulu.

Sewaktu saya ke kedai makan Man Hj Hassan salah seorang pekerja beliau mengatakan pihak LAP ada membuat pengumuman di Perak FM berkenaan gangguan bekalan air ini.
Dari sini timbul perasaan tidak puas hati saya, berapa orang sangat yang mendengar Radio Perak FM dan mempunyai masa untuk mendengar Radio Perak FM ni. Sepatutnya mereka kena beri notis bersurat seperti bulan lepas, jadi dapatlah kami menyimpan air secukupnya terlebih dahulu.

Walaupun bekalan air disambung semula, yang pastinya kami tidak dapat menggunakan air lagi selama beberapa jam kerana sudah pasti penuh dengan air selut, kotor, klorin dan juga batu-batu kecil kesan dari penyelenggaraan yang mereka lakukan.

3 comments:

Unknown said...

kdg2 geram klu jd camni depa should inform in advance..btol2 nyusahkan pengguna saja..klu la aritu ada kenduri kendara ,,,jahanam majlis !

Muhammad Izuan said...

tak profesional langsung. Di tempat sy, air tiap kali raya xdak. alasan org kampung byk guna air.

Zawawi Japilos said...

betul tu abg khairul sepatutnya kena inform in advance, bukan sahaja guna media massa seperti radio perakfm tetapi kena kasi notis bertulis edar ke penduduk setempat yang terlibat agar dapat simpan air secukupnya,

Muhammad Burn memang tak professional...air kat rumah guna paip kerajaan ke guna paip masyarakat? kalau paip masyarakat memang la air akan kurang tapi kalau paip kerajaan jarang kekurangan air gitu

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog