Zalimnya si pencetak rompak!

Respons: 2 comments

Cetak Rompak CD Ustaz

cdKebelakangan ini banyak pihak yang mengambil kesempatan dengan mengeluarkan CD atau VCD Ustaz Kazim tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Aliasalam dan juga Pusat Pendidikan Al Barakah. CD dan VCD Ustaz Kazim telah dibeli dan dicetak semula kemudian diedarkan samada di pasar-pasar malam dan kedai-kedai. Kami di Pusat Pendidikan Al Barakah meminta kerjasama dari orang ramai agar tidak membeli CD Ustaz Kazim yang tidak asli atau cetak rompak. Ini adalah kerana sebahagian besar dari pendapatan penjualan CD itu adalah digunakan untuk menampung perbelanjaan penyelanggaraan, Maahad Tahfiz dan juga anak-anak yatim.

kredit:http://www.albarakah.org/

Komentor: kasihan pusat tahfiz Al-barakah, duit hasil penjualan cd tersebut untuk kegunaan anak yatim.Tapi di belinya sekeping cd ori kemudian di copy dan di jual semula, cetak rompak mudah di dapati di mana-mana, kesian pada ustaz kazim dan anak-anak yatim.Mohon pada rakan-rakan jangan beli dari penjual cd cetak rompak ini dapatkan yang original, kerana pembelian anda yang original wangnya akan di salurkan untuk kegunaan maahad tahfiz dan anak-anak yatim, besar pahalanya.




2 comments:

Anonymous said...

jual murah dah laa rm 3.00 sekeping ...
kalau 1 juta copy berapa ?

Anonymous said...

jual murah? kalau jual 3 keping rm10 pn dah kira murah la kan..

kalau yang baru mesti la jual mahal sikit kan..

kalau 1 juta copy budak darjah satu pn boleh jawab jadi 3 juta la..berapa kos? berapa modal?

duit tu bukan untuk suka-suka untuk pendidikan anak2 yatim untuk bebudak tahfiz untuk orang2 tua yang pergi ngaji situ dan untuk pengurusan dekat pusat tu

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog