Tip Untuk Menjimatkan Petrol

Respons: 1 comments


Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tips-tips untuk menjimatkan minyak petrol ketika memandu. Ini lebih kepada orang yang memandu kereta, kerana kereta menggunakan kuantiti minyak yang lebih kan.

  • Pastikan anda Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan, jangan terlalu perlahan hingga mati enjin pula.
  • Pandu kenderaan anda perlahan terutama apabila menghampiri lampu isyarat dan cuba dapatkan jarak masa sehingga lampu hijau supaya anda tidak perlu berhenti.
  • Apabila menuruni bukit, cuba tutup suis enjin atau ambil lajak dengan membiarkan kenderaan bergerak bebas tanpa menekan pedal minyak. Tindakan seperti ini tidak di galakkan di khuatiri kereta akan mengalami kerosakan komponen lain pula.
  • Tutup suis A/C dan gunakan “blower” tanpa pendingin udara. Jika cuaca terlalu panas barulah buka suis A/C.
  • Apabila melalui selekoh, cuba gunakan kelajuan yang sama tanpa menambah kelajuan kenderaan.
  • Ekori belakang kenderaan seperti bas, lori atau van secara selamat supaya rintangan udara (aerodinamik) dapat diminimumkan. pastikan jarak anda adalah selamat.
  • Minimumkan berat muatan kenderaan anda supaya kenderaan dapat bergerak mudah tanpa beban yang memerlukan penggunaan tenaga yang lebih.
  • Kurangkan penggunaan brek dengan mengurangkan kelajuan sebelum hendak berhenti kerana apabila membrek ketika kenderaan sedang bergerak laju, ia sedang membazirkan bahanapi tanpa memberi faedah kepada anda.
  • Rancang perjalanan anda dengan bijak, cari jalan pintas dan elakkan kesesakan trafik atau pusingan yang jauh. Jauhi jalan yang berbukit atau berlopak-lopak.

Jimat petrol, jimat duit


1 comment:

josrevalution said...

nice tips...tapi aku blom ader kte r...huhu...kalo nak jimat mnyak motor ade x?..:)

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog