Jalan Baru Batu Kurau ke Jelai

Respons: 6 comments


Untuk posting pagi ini saya paparkan jalan raya baru menghubungkan antara Pekan Batu Kurau ke Jelai, tidaklah sepanjang mana pun hanya beberapa ratus meter namun cukuplah untuk memudahkan rakyat pekan Batu Kurau ini untuk ke Jelai ataupun dari Jelai nak ke Taiping, inilah jalan yang terdekat yang ada bagi mereka dari arah Jelai. Oleh kerana di depan tokong cina batu kurau bersebelahan dengan peladang sering kali berlakunya banjir apabila hujan lebat, kerajaan mengambil inisiatif dengan menyediakan peruntukan untuk menurap jalan lebih tinggi supaya air parit berdekatan tidak melimpah hingga ke jalan dan menyebabkan kesesakan teruk dan terputusnya hubungan antara Pekan Batu Kurau hendak ke arah Jelai.

6 comments:

mofaizmz said...

ni kat area mana ni.. xprasan plak aku..

awie958 said...

Depan Pejabat Peladang, Tokong Cina.Sebelah kanan tu nampak tak selekoh masuk ke Kampung Kepala Batas, Pernah beberapa tahun yang lepas hang tinggal kat sana.

|Hack^Killer| said...

yg aku ingt jalan ni malam2 nk g mkan kt Kurau Stone, dgr celoteh mak ndak, tgk org mengail ikan ja...hahahaaa...

Anonymous said...

berapa harga tender ?

Anonymous said...

gerai dah siap di hadapan pejabat tok penghulu dibiarkan kosong jerr... sepatutnya pindah semua disitu....tak la rugi duit mpt..cukai tetap cukai

awie958 said...

Untuk pengetahuan Anon 10.18am, gerai tersebut akan di ubah suai semula kerana gerai yang sedia ada sekarang agak kurang sesuai untuk di jadikan tempat berniaga.lampu isyarat juga akan di letakkan di persimpangan di berhampiran pejabat penghulu.

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog