Perasmian Majlis Pecah Tanah Pusat Tahfiz Al-Quran Nurul Iman

Respons: 0 comments









Pada hari ini 23 Januari 2011 berlangsungnya acara Perasmian Majlis Pecah Tanah Pusat Tahfiz Al-Quran yang di sempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir merangkap menteri Besar Perak. Bersamaan dengan majlis perasmian ini juga di adakan acara menyampaikan sumbangan daripada pihak individu dan pemimpin masyarakat setempat, juga daripada syarikat-syarikat. Alhamdulillah setakat saya berada di sana jumlah kutipan telah mencecah hampir rm300, 000.

Disamping memberi sumbangan untuk pembinaan Pusat Tahfiz Al-Quran Nurul Iman, Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir turut juga menyampaikan cenderahati kepada bekas wakil rakyat yang telah berkhidmat di Batu Kurau antaranya Yang Berbahagia Cikgu Jefri.

Majlis di sempurnakan lagi dengan bacaan doa dari pada Haji Zakuan, Imam Masjid Pekan Batu Kurau.

Ucapan Terima Kasih yang tak terhingga kepada Pak Cik Jan yang menjemput saya agar hadir ke majlis ini, juga kepada semua para petugas media yang tidak mengganggu sewaktu saya mengambil gambar dan membuat liputan di sana.

No comments:

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog