Home → All posts
Ibu Ayam Beranak Empat?
Paip Bomba Perlu Di Selenggara Segera!
1. Kunci di bahagian bawah untuk buka laluan air telah pun tertutup dengan lapisan tar.
2. Di bahagian kanan telah di tanggalkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab, menyukarkan pihak bomba untuk memasang peralatan kerana apabila terdedah begini sudah tentu bahan yang di perbuat dari keluli ini akan berkarat.
Proton Inspira Putih Siapa?
Oleh kerana Blogger Pembangkang Batu Kurau bertanya blog sudah seminggu tidak di kemas kini, malam ni saya ingin paparkan gambar Proton Inspira yang kali kedua dapat saya lihat di atas jalan, kali pertama parking di depan kedai Haji Rapek, oleh kerana pada waktu itu malam dan gelap, jadi saya tidak dapat mengambil gambar kerana kamera yang saya punyai tidak cantik jika waktu malam. Gahnya meluncur laju di jalan raya antara Taiping ke Batu Kurau, kereta tersebut di miliki oleh seorang India. Cantik dan kemas di bahagian belakang.Bilakah agaknya saya dapat memiliki sebuah untuk di buat berjalan-jalan.Kata Orang tidak dapat beli Evo 8 beli Inspira pun sudah memadai.
Zalimnya si pencetak rompak!
Cetak Rompak CD Ustaz
Kebelakangan ini banyak pihak yang mengambil kesempatan dengan mengeluarkan CD atau VCD Ustaz Kazim tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Aliasalam dan juga Pusat Pendidikan Al Barakah. CD dan VCD Ustaz Kazim telah dibeli dan dicetak semula kemudian diedarkan samada di pasar-pasar malam dan kedai-kedai. Kami di Pusat Pendidikan Al Barakah meminta kerjasama dari orang ramai agar tidak membeli CD Ustaz Kazim yang tidak asli atau cetak rompak. Ini adalah kerana sebahagian besar dari pendapatan penjualan CD itu adalah digunakan untuk menampung perbelanjaan penyelanggaraan, Maahad Tahfiz dan juga anak-anak yatim.
kredit:http://www.albarakah.org/
Komentor: kasihan pusat tahfiz Al-barakah, duit hasil penjualan cd tersebut untuk kegunaan anak yatim.Tapi di belinya sekeping cd ori kemudian di copy dan di jual semula, cetak rompak mudah di dapati di mana-mana, kesian pada ustaz kazim dan anak-anak yatim.Mohon pada rakan-rakan jangan beli dari penjual cd cetak rompak ini dapatkan yang original, kerana pembelian anda yang original wangnya akan di salurkan untuk kegunaan maahad tahfiz dan anak-anak yatim, besar pahalanya.
Khasiat Soya?
Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.
Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).
FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.
MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT
Wallahu a’lam
kreadit :http://buaya-merah.blogspot.com

No Spam Please !!
Popular Posts
-
Hari ni saya nak berkongsi dengan semua pengunjung berkenaan pokok sena yang telah di tanam menyongsang yang mana dikatakan pokok ini pada ...
-
Pada tengah hari tadi sekitar pukul 1 tengah hari saya berkesempatan untuk melihat fenomena di mana matahari kelihatan di kelilingi...
-
Malam ni saya nak komplen sikit berkenaan sebuah masjid yang tersergam indah di Bandar Kamunting ni.Kenapa Kamunting? Petang tadi saya singg...
Category
- Acara (5)
- Amal (4)
- Artikel (3)
- Ashadee (1)
- Automotif (2)
- Berita Dari Akhbar (1)
- BESTMOBILE TELCO (3)
- Cuaca (1)
- Event (2)
- Facility (8)
- Filem Review (2)
- Gajet (1)
- Gambar Pekan (1)
- Hiburan (4)
- Info Agama (4)
- Info Kesihatan (2)
- Info Pendidikan (1)
- Info Perlancongan dan Penginapan (1)
- Isu Semasa (25)
- Jelajah (3)
- Jemputan (1)
- Jualan (1)
- Kedai (4)
- Kelakar (1)
- Kemalangan (1)
- Kesihatan (2)
- Komplen (4)
- Kongsi (67)
- Luahan (8)
- Movie (1)
- Pembangunan (3)
- Pengumuman (5)
- Perhatian (6)
- Perlancongan Taiping (3)
- Petua (1)
- Resepi (2)
- Segmen (1)
- simkad magic (1)
- SMKKP (1)
- Tandas (1)
- Tips (1)
Blog Terbaik
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...


