Jom Farmasi Mini Karnival "Moh Kenal Ubat Kita"

Respons: 0 comments

(klik pada gambar untuk melihat acara dan tarikh karnival)

Anda semua di jemput hadir ke karnival Mini Karnival Farmasi 2011 " Moh Kenal Ubat Kita" di Dewan Astaka, Mukim Batu Kurau, Taiping Perak. Jom kita ramai-ramai meriahkan lagi Karnival ni yer.

Awas! Sekatan Lalu Lintas

Respons: 0 comments

Bagi ibu bapa yang selalu membenarkan anak membawa motorsikal tanpa lesen dan topi keledar harap berfikir dua kali, sekatan lalulintas sedang di jalankan.

Tapak Projek Sekolah Menengah Kampung Perak

Respons: 0 comments
Seperti yang saya janjikan petang tadi, saya paparkan beberapa gambar yang sempat saya ambil petang tadi sekitar tapak Projek Sekolah Menengah Kampung Perak.Bagi yang merindui suasana bendang di Bendang Rawa nikmatilah pemandangan ini sepuasnya kerana kelak akan bertukar rupa.




Projek-projek yang sedang di jalankan di Batu kurau

Respons: 4 comments
Untuk pengetahuan rakyat di Batu Kurau, ketika ini beberapa projek sedang di jalankan iaitu Projek Jalan antara Taiping Anak Kurau, di katakan pembayaran pampasan sedang di laksanakan atau sudahpun di laksanakan, Projek membina Sekolah Menengah Kampung Perak di Bendang Rawa, pampasan sudah di berikan beberapa tahun yang lepas. Sewaktu saya melalui Bendang Rawa, kelihatan Kabin sudah di tempatkan di tepi jalan, tandanya kerja-kerja akan di mulakan tidak lama lagi, semoga segala yang di usahakan berjalan dengan lancar. Terima kasih bagi pihak yang berusaha untuk mempercepatkan projek ini di laksanakan. Gambar akan saya pamirkan di posting yang akan datang.

Batu kurau terputus bekalan air.

Respons: 0 comments
Jumaat,18 Februari 2011.Penduduk di pekan Batu Kurau mengalami gangguan bekalan air buat sementara waktu berikutan saluran paip utama pecah berhampiran tokong cina.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog