Sawah hijau nan menawan

Respons: 0 comments

Beginilah pemandangan sawah padi yang masih diusahakan di Kampung Perak.Kalau zaman dahulu bendang ini diusahakan oleh setiap pemilik tanah,pembajakan petak bendang menggunakan kerbau.Penyemaian anak padi pula secara manual iaitu benih padi yang terpilih di semai dahulu di rumah,setelah tumbuh,anak-anak padi tersebut akan di semai di bendang dengan menggunakan tangan.Setelah padi masak dan menguning,padi akan dituai kemudian akan berlaku proses memukul padi untuk mengasingkan padi dari jerami.Padi tersebut diletakkan ke dalam guni untuk di bawa pulang ke rumah dan untuk di proses menjadi beras,kebiasaannya,padi tersebut akan dijual sebahagian untuk mendapatkan duit buat membeli barangan keperluan yang lain.

Seiring dengan kemajuan zaman,teknologi pertanian telah digunakan untuk mengusahakan sawah. Jentera moden digunakan seperti jentolak untuk membajak petak padi. Mesin penyembur pula digunakan untuk menaburkan benih dan juga baja. Setelah padi menguning jentera penuai digunakan untuk menuai padi. Padi yang telah dituai pula akan dimuatkan ke dalam lori dan dihantar ke Kilang Pemprosesan Padi yang berhampiran untuk diproses menjadi beras. Segalanya telah menjadi mudah dengan adanya teknologi pertanian.

Walaupun adanya teknologi moden yang memudahkan para pesawah untuk melakukan aktiviti penanaman padi, rata-rata pemilik tanah sawah kini telah menukar kepada penanaman sawit yang lebih menguntungkan mereka, mahupun membuat rumah di atas tanah sawah tersebut, menyebabkan kini kawasan penanaman padi di kawasan Batu Kurau kini semakin lama semakin mengecil.

Kemungkinan besar generasi 10-20 Tahun akan datang di Batu Kurau tidak dapat melihat lagi aktiviti penanaman padi di sawah kerana bakal berubah menjadi ladang kelapa sawit, kebun sayur, ladang peliharaan kerbau, lembu, kambing, mahupun jadi tapak rumah.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Muhammad Wafiuddin anak ayah memerap

Respons: 0 comments

Usia anak ayah baru nak cecah 50 hari.Kini setiap malam rutin harian dah berubah.Anak ayah dah pandai memerap membuatkan ayah tak dapat nak jalankan tugas di waktu malam.

Anak ayah hanya mahu baring di ribaan sambil ayah mengalunkan lailahaillah sehingga anak ayah terlelap.Bangun semula jika kencing atau berak dan minta di tukar pampers takpun menyusu ibunya.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Muhammad Wafiuddin Bin Ahmad Zawawi

Respons: 2 comments

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh, salam sejahtera buat semua para pembaca sekalian, saya perkenalkan Putera Sulung saya yang dilahirkan pada 19 September 2012 jam 2.58 pagi. Sekarang beliau sudahpun berusia 44 Hari. Segala suka duka sedang dilalui dalam membesarkan anak sulung saya ni. Moga Muhammad Wafiuddin besar nanti dapat menjadi seorang anak yang soleh beriman dan bertanggungjawab pada keluarga.

Selamat Pengantin Baru

Respons: 4 comments
Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh, terima kasih kepada para pengunjung yang masih setia berkunjung ke sini walaupun telah sekian lama tiada update dari saya. Kebelakangan ini saya sangat-sangat sibuk menguruskan majlis perkahwinan saya dengan Nurul Huda @ruangbicarakaklong.blogspot.com.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar di kedua-dua buah kenduri. Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan yang sudi hadir ke majlis kenduri kahwin saya. Harap maaf pada yang tidak menerima undangan dari saya, oleh kerana semuanya saya harus uruskan sendiri, bebanan kerja yang tak terkira membuatkan saya tidak berkesempatan langsung untuk mengemaskinikan blog ini mahupun blog-blog lain milik saya.

Akhirkata, doakan kami agar berkekalan hingga ke akhir hayat.

Shoutmix dah takde plan free dah

Respons: 1 comments
Dah berbulan jugak blog ni tak terupdate dan terbengkalai. Bila buka balik tengok shoutmix dah tak boleh digunakan lagi dah. Sudah kena bayar la pulak. Nasib la ada backup cbox masa mula2 berbelog. Takpela buat masa ni guna cbox la dulu.

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog