Samsung Galaxy 5

Respons: 3 comments
Agak sekian lama tak kemaskini blog ini. Hari ini saya nak berkongsi dengan anda sebuah gajet yang agak murah tapi banyak kegunaan dan sangat berguna. Samsung Galaxy 5. Rasanya gajet ini tidak asing lagi kerana sudah beberapa bulan berada di pasaran. Saya telah membeli telefon Galaxy 5 ini di Taiping Sentral dengan harga RM599, harga pada waktu itu sekitar bulan February, tapi sekarang harganya mungkin sudah dalam lingkungan harga RM550.

Apa yang menariknya telefon ini di lengkapi dengan Android 2.1. Di waktu ini kebanyakan telefon canggih sudah di lengkapi dengan Android. Apa itu android?.

Berikut penerangan ringkas apakah itu Android yang di petik dari Wikipedia.

Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google).


Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.


Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, pada awal dahulu, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.


Sistem operasi Android adalah platform smartphone terlaris di dunia, mengalahkan Nokia Symbian dari kedudukan teratas 10 tahun.


Android mempunyai komuniti besar pemaju menulis program aplikasi (apps). Dianggarkan sekarang ini ada lebih dari 150.000 aplikasi yang sedia untuk Android. Muaturun percuma!!!



Sejarah versi sistem operasi Android bermula dengan versi 1.0 pada bulan September 2008. Diikuti 1.1 (9 February 2009),

1.5 - cupcake (30 April 2009),

1.6 – donut (15 September 2009),

2.1 – eclair (26 October 2009),

2.2 – froyo (20 May 2010),

2.3 – gingerbread (6 December 2010),

3.0 – Honeycomb (22 February 2011)

dan seterusnya yang bakal dikeluarkan adalah ice cream sandwich – kemungkinan pertengahan tahun 2011.

Selain daripada itu telefon yang saya beli ini juga di lengkapi dengan software Papago Navigation. Software Papago yang di lengkapi di dalam telefon Galaxy 5 saya ini amat membantu saya sewaktu perjalanan ke Uitm Jengka, Pahang tempoh hari dan semalam sewaktu saya pergi ke Hospital Besar Pulau Pinang.

Kedai Gunting Rambut Nizar

Respons: 5 comments
Kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua sebuah lagi kedai gunting rambut yang terdapat di pekan Batu Kurau ini. Kalau sebelum ini saya pernah berkongsi dengan anda semua Kedai Gunting Rambut Yusri .

Kedai gunting rambut ini di miliki oleh Abang Nizar, sebut sahaja apa fesyen yang anda mahukan insyaALLAH beliau akan cuba penuhi permintaan pelanggannya, tapi pastikan pada waktu yang tidak sibuk. Harganya pun amatlah berpatutan jadi tak rugilah kalau kita mendapatkan perkhidmatan menggunting rambut darinya.

Untuk pengetahuan para pembaca lagi, anda akan rasa amat berpuas hati kerana mesin yang di gunakan bukanlah mesin murahan yang boleh di dapati dengan mudah di pasar hari, keselesaan dan kepuashatian pelanggan menjadi keutamaan beliau. Kedai Gunting Rambut ini masih baru lagi beroperasi berbanding kedai-kedai gunting rambut yang lain namun sudah ramai yang menggunakan perkhidmatan menggunting rambut dari beliau. Senang-senang singgahlah ke Kedai Gunting Rambut Nizar, di Jalan Kampung Perak Baru, Batu Kurau, Taiping Perak. Berhadapan dengan Kedai Komputer Ilmiah.

Selamat Pengantin Baru Abang Din dan Kak An

Respons: 2 comments

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Abang din dan Kak An yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 30 April 2011 yang lepas. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya. Beruntungnya Abang Din baru je kawin dah bergelar ayah ye. Tahniah ye.

Perlu ke Nota Begini di Tandas Masjid?

Respons: 0 comments


Assalamualaikum, hampir seminggu blog ini terbiar tanpa entry yang terbaru, yang sebetulnya sepulangnya saya dari Jengka, Pahang, terasa tersangatlah penat, apatah lagi pemanduan yang memakan masa hampir sehari jika di hitung keseluruhan perjalanan. Jadinya malam ini saya meminta pendapat anda para pembaca sekalian, wajarkah ada nota sebigini di pintu tandas masjid? Gambar ini saya ambil di pintu tandas Kamunting, Taiping Perak.
Anda boleh klik pada gambar untuk melihat paparan yang lebih besar.

Mungkin ada orang yang menganggap gambar yang saya pamerkan boleh jadi sebagai bahan lawak jenaka, namun saya merasakan seolah-olah tindakan ini adalah tindakan yang tidak bertamadun. Apa salahnya keluarkan modal untuk upah orang taip nota dengan kemas dan di tampalkan di sini. Bukankah nampak lebih kemas dan teratur dan tidak nampak menjijikan seperti ini?

Salam Takziah dan Terima Kasih

Respons: 3 comments
Assalamualaikum warah matullah hi wabarakatuh, terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang sudi berkunjung ke sini. Saya mohon maaf kepada anda semua kerana tidak dapat mengemaskinikan blog ini dalam 3 hari lepas kerana ada hal yang mustahak, ke Pahang atas urusan keluarga.

Ucapan Takziah saya ucapkan kepada sahabat saya Musa Bin Kamaruddin yang baru sahaja kehilangan saudara kandungnya Zulkifli bin Kamaruddin yang meninggal dunia pada 30/4/2011. Al- Fatihah, moga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan insan-insan yang baik di syurga. Arwah telah meninggal dunia sewaktu sedang tidur di dalam bilik di rumah sewanya.Sedikit sebanyak membuatkan saya terfikir betapa maut itu datang dalam pelbagai cara, walau sedang tidur sekalipun.

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog