Kucing Terbiar Perlukan Perhatian

Respons: 0 comments
Kucing siapakah ini? mungkinkah kucing ini telah di buang oleh tuannya lalu menjadi kucing terbiar di pekan Batu Kurau.Bagi yang prihatin dan sayangkan binatang ambil lah kucing ini untuk di buat peliharaan.

Pasar Tani Batu Kurau.

Respons: 2 comments



Beginilah suasana pasar tani di pekan batu kurau, bagi yang belum pernah mengunjungi pergilah bawa bersama keluarga, ada pelbagai jenis barangan di jual di sana, sayur segar, ikan segar, makanan kuih-kuih tradisional melayu, satay, pakaian kerongsang dan sebagainya. Anda juga akan di hiburkan dengan DJ yang setia menemani anda dengan mendendangkan lagu-lagu yang enak di dengar pastinya. Pasar Tani tersebut di buka pada setiap hari Jumaat bermula dari pukul 4 petang hingga ke 10 malam.sama-sama kita meriahkan lagi pasar tani ni yer.

Jemputan Ke Majlis Perasmian Pecah Tanah!

Respons: 0 comments

Semua muslimin dan muslimat di jemput hadir ke majlis perasmian pecah tanah pembinaan Pusat Tahfiz Nurul Iman oleh Y.A.B Menteri Besar Perak pada ketetapan seperti tertera di atas.Mohon jasa baik rakan-rakan untuk sebarkan. Bagi yang bermurah hati bolehlah membuat sumbangan.insyaALLAH selagi Pusat Tahfiz ini beroperasi selagi itulah pahala anda bertambah.

BSN Batu Kurau

Respons: 0 comments
Wajah baru Bank Simpanan Nasional Cawangan Pekan Batu Kurau, kalau dulunya mesin ATM berada di luar tapi kini mesin ATM di letakkan di dalam, lebih selamat bagi orang untuk mengeluarkan duit. Di fahamkan mesin untuk mendepositkan wang juga akan di sediakan tidak lama lagi di BSN cawangan Pekan Batu Kurau ini. Lebih mudahlah untuk warga Batu Kurau untuk menyimpan wang, tak perlu lagi mengambil nombor giliran dan menunggu sehingga nama di panggil, namun mesin ini kemungkinan tidak menerima wang kertas rm1, rm2 dan rm5 jadi terpaksalah berurusan di kaunter. Terima Kasih BSN kerana telah menaik taraf BSN cawangan Pekan Batu Kurau, InsyaALLAH kami akan berterusan memberi sokongan kepada BSN.

Sekolah Kebangsaan Kampung Perak?

Respons: 1 comments

Gambar ini di ambil petang tadi sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, kelihatan ada aktiviti mengerudi tanah untuk memeriksa berapa dalam piling ingin di tanam di kawasan tersebut untuk pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Perak tersebut. Syukur Alhamdulillah jika berjalan lancar kita akan dapat lihat jalan Taiping-Anak Kurau dan juga Sekolah Menengah Baru di Kampung Perak.

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog