Bagaimana pula telur tersebut boleh menjadi najis? Menurut apa yang di perkatakan oleh salah seorang ustaz yang berceramah di dalam kursus yang saya hadiri, katanya apa sahaja yang boleh di makan seperti telur adalah asalnya dari lubang najis maka kena kita cuci dahulu, jika kita dapat lihat ibu ayam seperti gambar di atas mengeluarkan telur dari lubang buntutnya tempat pengeluaran najis, maka telur tersebut secara tak langsung akan terpalit dengan najis yang terdapat pada buntutnya ayam tersebut. Telur yang di basuh tidak boleh bertahan lama, jadinya telur tersebut tidak di basuh terlebih dahulu untuk mengelakkan telur tidak tahan lama.
Para peniaga sepatutnya lebih bertanggungjawab pada pemakanan yang di jual oleh mereka agar para pembeli tidak termakan makanan yang berunsur najis, Makanan yang terdapat najis tidak terhad kepada burger sahaja, makanan yang di jual di gerai-gerai seperti char kuew tiaw, mee goreng, murtabak yang hanya mengambil jalan mudah meletakkan telur pada bekas telur kertas yang kita sedia ada maklum terdapat najis pada bekas telur tersebut. Jadinya terpulang pada anda semua untuk memilih pemakanan mana yang sesuai untuk anda makan, makanan yang terdapat najis secara terang-terangan dengan amalan persedian yang tidak bersih, ataupun makanan yang bersih dan suci lagi halal. Mengikut apa yang saya faham, najis adalah haram di makan.