Kembali Bersiaran Setelah Hampir Setengah Tahun Menyepi

Respons: 0 comments



Saya memohon maaf kerana beberapa bulan ni tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukan menguruskan keluarga dan urusan seharian yang padat, Selepas ini saya akan mengemaskini semula blog ini.

Resepi oblong

Respons: 0 comments

Resepi Oblong Burger
Memanglah tak leh tiru prosperity
burger kat Mc D ...sebab tukan
secret recipes mereka...mana boleh
nak sama kan...tapi bolehlah nak
makan sendiri...janji anak-anak
suker...
Burger oblong dan roti beli kat
Iwani Foods kat Greenwood...10
keping baru RM14.00..roti 10 keping-
RM4.90...bolehlah budget sikit..yang
ni pun tak cukup sebab anak-anak
memang suker makan fast food
camni....kalau beli kat McD mestilah
berganda-ganda...
Bahan-bahan Utama
Roti-Seremban Bakery
Burger Daging
Oblong-Brand Iwani
Bawang Holland-di
hiris memanjang-nak
gorengboleh/nak
yang mentah pun
boleh
Bahan Sos Lada Hitam
2 cawan stok ayam-
akak guna stok ayam
(air+kiub ayam)
1/2 cawan susu segar
1-2 sudu besar  lada
hitam-di tumbuk
kasar..agak-
agaklah ..kalau nak
pedas tambahlah byk
sikit
1/2 biji bawang besar
- cincang
2 sudu besar kicap
manis - bergantung
kehitaman yg
dkehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/
marjerin
2 sudu besar tepung
jagung-bancuh
dengan  sedikit air
garam dan gula - jika
perlu
Cara-cara
1.  Tumiskan bawang besar hingga
naik bau. Masukkan pula stok ayam.
Didihkan.
2.  Masukkan lada hitam, kicap
manis, mentega/marjerin, sos tiram
dan gula jika perlu.
3.  Akhir sekali masukkan bancuhan
tepung jagung  sedikit demi sedikit
untuk mendapatkan kepekatan yang
dkehendaki.
4.  Goreng daging oblong (tak yah
letak minyak) dan lepas tu celupkan
ke dalam sos lada hitam.
5.  Belah 2 roti dan letak marjerin
dan bakar sekejap.
6.  Letakkandaging oblong yang
telah di celup sos lada hitam kat  roti
dan taburkan bawang besar yang  di
hiris.
7.  Makanlah cepat-cepat tapi
kunyah pelan-pelan yer..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Resepi Ayam Goreng Berempah

Respons: 0 comments

Ayam Goreng Berempah
II
Resepi ayam goreng berempah
sudah ada dalam blog ini..Tapi
untuk resepi ayam goreng
berempah kali ini, saya
menambah serbuk kari dan
daun kari. Jadi bila goreng
bertambah harum dgn aroma
daun kari..
Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ potong kecil,
bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/
goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/
daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
1. Ayam yang telah dibersihkan
digaul dengan bahan yang telah
dikisar/ditumbuk dan daun kari,
lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam
hingga kekuningan atau garing.
Ayam yang telah siap didaul dgn
bahan kisar dan daun kari..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sakit perut melanda

Respons: 0 comments

Semalam saya ada maklumkan
yang saya akan pergi kenduri.Wafi saya tinggalkan pada opahnya.Oleh kerana perlu memenuhi dua jemputan kenduri,jadi saya pastikan yang wafi tidur sebelum kami pergi.

Jam pukul1 petang kami sampai ke kenduri yang pertama.Menu yang tinggal hanyalah daging gulai dan sayur kobis goreng.Alhamdulillah syukur dah itu rezeki saya dan isteri.Sedap daging gulainya.

Jam dua petang saya dan isteri sampai ke kenduri yang kedua. Mungkin tamu kurang yang datang jadi masih banyak menunya.Kami makan agak banyak kali ni.Apabila pulang ke rumah mertua Wafi baru bangun tidur dan menangis.Memang tepat pada masa.Sedang isteri menyusukan Wafi.Hujan turun dengan lebat sampaila ke petang.Lebih kurang jam enam kami pulang ke rumah mak saya di pekan Batu Kurau.

Di rumah,bermulalah saya dan isteri sakit perut dan berulang ke tandas hinggalah ke malam ni.Maka hari ni semua program yang dirancang terpaksa dibatalkan.Mujurlah anak ayah tak buat perangai hari ni.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog