Beraya Ke Jejawi, Kangar, Perlis

Respons: 0 comments
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.....

Hari ni saya nak kongsikan dengan anda semua perjalanan saya beraya ke Perlis pada hari raya ke empat. Sebenarnya saya ke Perlis bersama bersama dengan ibu saya atas undangan kak saya yang membuat rumah terbuka di rumahnya.  Oleh kerana Ibu saya kurang sihat tetapi begitu semangat nak pergi saya bawalah ke rumah kak saya di Perlis. Perjalanan yang mengambil masa hampir 4 jam dari rumah saya di Batu Kurau, Taiping Perak. Pada kebiasaannya tidaklah mengambil masa sebegitu lama, oleh kerana berlaku kesesakan lalulintas di beberapa kawasan di sepanjang perjalanan kerasan musim perayaan maka perjalanan saya dan ibu mengambil masa yang agak panjang.

Inilah HPA Mart cawangan Jejawi, lokasinya berhadapan dengan JPJ, dekat juga dengan Maktab Perguruan Perlis dan juga UniMap. Bersebelahannya ada 7 Eleven yang baru beberapa bulan di buka. Oleh kerana tak sempat nak beli keperluan sebelum berangkat ke Perlis, pagi-pagi lagi saya dah ajak anak buah saya tunjukkan kedai yang terdekat untuk membeli sabun mandi dan berus gigi.
Yang ini adalah saya  waktu gambar ni diambil jam sekitar 7.45 pagi, suhu di sana tak seperti di Taiping, Perak. Suhu di sana agak panas dan waktu pagi sebegini pun tak terasa sejuknya berbanding dengan di Taiping.
Inilah rumah kak saya, di awal pagi lagi sudah buat persediaan untuk menerima kehadiran tetamu yang terdiri daripada rakan-rakan guru kak saya dan juga kawan-kawan anak buah saya.





Selamat Pengantin Baru buat Wadi

Respons: 0 comments
Assalamualaikum Warah Matullah hiwabarakatuh...

Selamat Pengantin Baru saya ucapkan buat Wadi yang telahpun selamat melangsungkan perkahwinan beliau pada 1 September Lepas.
Sama cantik sama padan, bagaikan pinang di belah dua. Semoga ikatan yang dimeterai terjalin kukuh hingga ke akhir hayat hendaknya.

Persembahan istimewa dari pengantin lelaki, Terima Kasih Wadi yang sangat sporting sudi bersilat dimajlis raja seharinya.

Suasana Raya Di Batu Kurau

Respons: 3 comments
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh......

 Sepatutnya saya telah kongsikan pada awal lagi, tetapi oleh kerana ada beberapa masalah yang saya perlu selesaikan terlebih dahulu maka terpaksalah saya tangguhkan dahulu.

 Bila tiba musim raya beginilah suasananya, seminggu lagi dah nak sambut raya pasti akan ada para peniaga yang menjual kuih raya di bahu jalan. Fenomena sebegini saban tahun berlaku. Sebut aja kuih apa yang nak di beli insyaallah pastinya ada dari kuih tradisional sampailah kuih moden semuanya ada dijual disini. Kebiasaannya penduduk di Batu Kurau memanggil kuih ini kuih tunjuk. Kuih Tunjuk? Yelah nak beli kuih ni tunjuk je kuih mana yang nak di beli.
Nilah suasana di waktu malam pula. Sampaikan pukul 12 tengah malam pun mereka ni masih lagi buka gerai mereka ni. Jadi kalau ada yang tak berkesempatan nak buat kuih tu mereka bolehlah beli dari penjual ni. Senang dan mudah tinggal lagi bawa duit yang secukupnya saja. Apa yang lebih menarik adalah pada malam raya jika kuih yang di jual masih ada, aktiviti melelong kuih-kuih ni akan di buat oleh para peniaga ni, kebiasaannya peniaga yang ingin menghabiskan stok kuih mereka akan membuat lelongan ni. Saban tahun penduduk Batu Kurau yang ingin mendapatkan kuih raya murah-murah ni akan datang pada hari terakhir waktu malam. Saya tak sempat mengambil gambar suasananya.
 Di hari memegang, iaitu hari tengok anak bulan nak menentukan samada esok raya ke tidak inilah suasananya, penduduk di Batu Kurau berpusu-pusu keluar ke pekan Batu Kurau untuk membeli barangan buat persiapan untuk menyambut hari raya. Lihat saja penjual ayam di atas sehingga tak menang tangan melayan pelanggan yang ingin membeli ayamnya.  Gambar ini di ambil di hadapan kedai saya. Belumpun pukul 2 petang ayam yang di jual telah habis semuanya. Alhamdulillah rezeki berniaga di hari terakhir berpuasa.
Pada hari raya inilah yang akan berlaku di pekan Batu Kurau, semua anak-anak Batu Kurau yang di perantauan pulang ke desa. Maka penuh sesaklah jalan raya di Pekan Batu Kurau. Kebiasaannya saya akan keluar dengan menggunakan motorsikal agar tak sangkut di dalam kesesakan lalulintas. Terima kasih yang tak terhingga kepada pasukan rela dan anggota Polis Batu Kurau yang bertugas mengawal lalulintas. Tanpa mereka tak kemana lah raya saya.Sekian....


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Respons: 4 comments
Assalamualaikum Warah Matullah Hiwabarakatuh...

Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Semoga raya tahun ini di sambut lebih meriah dari tahun-tahun sebelum ini.

Larangan jual Colour Crystal Ball

Respons: 1 comments


PUTRAJAYA 25 Ogos - Kerajaan hari ini mengumumkan larangan penjualan Colour Crystal Ball yang digunakan secara meluas sebagai perhiasan pasu selepas mendapati produk tersebut mampu meragut nyawa kanak-kanak kecil jika tertelan.

Kajian makmal mendapati produk menyerupai sagu dalam ais kacang itu mampu mengembang sehingga 55 peratus dalam tempoh dua jam di dalam perut manusia sehingga menyebabkan usus kanak-kanak pecah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini lapan pembedahan besar telah dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menyelamatkan kanak-kanak yang tertelan Colour Crystal Ball.

''Walaupun kandungan kimia dalam Colour Crystal Ball adalah pada tahap selamat namun masalahnya produk ini mampu mengembang 290 hingga 444 peratus selepas menyerap air selama dua jam.

''Ujian simulasi berdasarkan keadaan dan tahap asid perut pula mendapati ia boleh mengembang sebanyak 36 hingga 55 peratus dalam tempoh dua jam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, rupa Colour Crystal Ball yang berwarna-warni dan menyerupai agar-agar sering mendorong kanak-kanak menelannya.

Menurutnya, kanak-kanak yang tertelan Colour Crystal Ball akan mengalami tanda-tanda seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat dan yang paling serius usus pecah.

''Saya menasihatkan orang ramai yang mempunyai produk ini supaya segera membuangnya, ia adalah berbahaya terutama terhadap kanak-kanak di bawah lima tahun.

''Bagi peniaga pula, mereka tidak lagi dibenarkan menjual produk ini atau berdepan risiko denda RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama di bawah Akta Perlindungan Pengguna," katanya.

Beliau berkata, pemantauan kementeriannya mendapati kebanyakan Colour Crystal Ball direka di Korea Selatan tetapi dikeluarkan di Jepun dan China.

''Malaysia bukan negara pertama yang melarang penjualan produk ini, Poland dan Itali telah mengenakan larangan sama pada tahun lalu.

''Filipina pula mengeluarkan amaran berjaga-jaga terhadap pembekalan dan penjualannya kerana produk ini mudah menyebabkan kanak-kanak tercekik," katanya.

sumber berita dari: Utusan Malaysia

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog