Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Respons: 4 comments
Assalamualaikum Warah Matullah Hiwabarakatuh...

Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Semoga raya tahun ini di sambut lebih meriah dari tahun-tahun sebelum ini.

Larangan jual Colour Crystal Ball

Respons: 1 comments


PUTRAJAYA 25 Ogos - Kerajaan hari ini mengumumkan larangan penjualan Colour Crystal Ball yang digunakan secara meluas sebagai perhiasan pasu selepas mendapati produk tersebut mampu meragut nyawa kanak-kanak kecil jika tertelan.

Kajian makmal mendapati produk menyerupai sagu dalam ais kacang itu mampu mengembang sehingga 55 peratus dalam tempoh dua jam di dalam perut manusia sehingga menyebabkan usus kanak-kanak pecah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini lapan pembedahan besar telah dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menyelamatkan kanak-kanak yang tertelan Colour Crystal Ball.

''Walaupun kandungan kimia dalam Colour Crystal Ball adalah pada tahap selamat namun masalahnya produk ini mampu mengembang 290 hingga 444 peratus selepas menyerap air selama dua jam.

''Ujian simulasi berdasarkan keadaan dan tahap asid perut pula mendapati ia boleh mengembang sebanyak 36 hingga 55 peratus dalam tempoh dua jam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, rupa Colour Crystal Ball yang berwarna-warni dan menyerupai agar-agar sering mendorong kanak-kanak menelannya.

Menurutnya, kanak-kanak yang tertelan Colour Crystal Ball akan mengalami tanda-tanda seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat dan yang paling serius usus pecah.

''Saya menasihatkan orang ramai yang mempunyai produk ini supaya segera membuangnya, ia adalah berbahaya terutama terhadap kanak-kanak di bawah lima tahun.

''Bagi peniaga pula, mereka tidak lagi dibenarkan menjual produk ini atau berdepan risiko denda RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama di bawah Akta Perlindungan Pengguna," katanya.

Beliau berkata, pemantauan kementeriannya mendapati kebanyakan Colour Crystal Ball direka di Korea Selatan tetapi dikeluarkan di Jepun dan China.

''Malaysia bukan negara pertama yang melarang penjualan produk ini, Poland dan Itali telah mengenakan larangan sama pada tahun lalu.

''Filipina pula mengeluarkan amaran berjaga-jaga terhadap pembekalan dan penjualannya kerana produk ini mudah menyebabkan kanak-kanak tercekik," katanya.

sumber berita dari: Utusan Malaysia

Singgah Sahur Di Mc D santap GCB

Respons: 2 comments
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.. Salam sejahtera semua, semalam saya meluangkan masa bersama dua orang sahabat saya Musa dan Irwan ke Taiping Sentral untuk minum-minum. Pada asalnya kami ingin pergi ke kedai makan di sekitar pekan Batu Kurau sahaja, entah macam mana timbul cadangan ke MC D di Taiping Sentral pula.

Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, di Taiping hanya terdapat sebuah sahaja Restoran Mc D berbanding dengan KFC yang terdapat di banyak tempat sekitar Taiping dan Kamunting. Restoran Mc D tersebut beroperasi 24 Jam sehari.Oleh kerana saya tidak biasa makan di Mc D, saya biarkan sahabat saya untuk memesan makanan untuk saya, nah inilah makanan yang mereka pesankan untuk saya GCB, apa itu GCB, GCB adalah singkatan kepada Grill Chicken Burger. Bagi yang belum pernah mencuba silalah berkunjung ke restoran Mc D yang berdekatan dengan rumah anda, cubalah sekali pastinya anda akan merasakan keenakan GCB ni dan ingin lagi.

Di dalam gambar di atas ni sahabat saya Musa, kami semua memesan makanan yang sama, beliaulah yang mendorong untuk kami semua makan GCB kerana beliau telah beberapa kali makan GCB ni di Branch Mc D dekat Ipoh. Bersepahkan meja kami makan.Bagi saya yang baru kali pertama makan di sini rasa agak janggal. Sampaikan nak makan GCB tersebut pun saya tanya kepada dua sahabat saya dulu eh macam mana nak makan GCB ni yer.

Bagi yang belum mengenali saya nah inilah saya. Lokasi Mc D di Taiping Sentral terletak bersebelahan dengan Pasaraya Tesco, kebetulan musim perayaan Pasaraya Tesco ni tutup pada pukul 1 pagi.
Setelah selesai makan GCB kami mencuba Pai Epal pula, bagi saya ini adalah percubaan pertama kali saya, tidak bagi dua orang sahabat saya, mereka ni dah selalu sangat makan. Rasa Pai Epal ni pun enak cuma agak rasa manis sedikit.
Inilah dua orang sahabat saya sejak dari zaman persekolahan lagi, walau di mana kami berada walau apa kami jadi, kami akan tetap bersahabat. Insyaallah. Terima Kasih Irwan yang sudi menaja makan singgah sahur kami di Mc D ini. Terima Kasih daun Keladi lain kali belanja lagi.Sekian


Meriahkan Sambutan Raya Dulu-Dulu

Respons: 5 comments
Assalamualaikum Warah Matullah hiwabarakatuh.....

Kalau dulu-dulu nak sambut raya mesti akan meriah dengan bunyi letupan-letupan yang sangat kuat, terutama di kawasan kampung-kampung, bebudak kampung lebih gemar main meriam buluh dan meriam tanah, lebih kuat dari mercun bola dan lebih bahaya.

Meriam Buluh
Menurut wikipedia, Meriam buluh Meriam buluh adalah sejenis mercun buatan sendiri yang popular semasa musim perayaan Hari Raya di Malaysia. Seperti juga mercun yang lain, meriam buluh diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan 1957; ironinya, semakin ramai kanak-kanak Melayu beralih kepada meriam buluh yang lebih berbahaya sebagai alternatif kepada mercun komersial yang diharamkan oleh kerajaan.


Meriam Tanah
Satu lagi jenis Meriam yang sangat kuat letupannya adalah meriam tanah, bunyinya lebih kuat daripada bunyi meriam buluh berbandiang dengan meriam buluh, meriam tanah di bina dengan menggali tanah sehingga sedalam 2 kaki lebih kurang. Bahan asas letupan tetap juga menggunakan karbaid. 

Bagaimanapun kedua jenis permainan yang sering memeriahkan lagi sambutan raya ni adalah membahayakan dan telahpun di haramkan Bagi yang masih berdegil dan tetap nak main tu hati-hati lah yer, takut nanti orang beraya di rumah bersama sanak saudara, anda beraya di Lokap.Shahdunya raya anda nanti.

Persiapan Untuk Raya

Respons: 2 comments
Assalamualaikum Warah Matullah Hiwabarakatuh....

Hari ni nak berkongsi sikit dengan anda semua berkenaan dengan persiapan untuk menyambut hari raya puasa yang bakal menjelang seminggu ja lagi. Bagaimana kawan-kawan semua, sudah siap ke tempahan baju raya untuk tahun ni? Berapa pasang ? Saya rasa pastinya anda semua sudahpun awal-awal lagi buat persiapan untuk menyambut hari raya. Ada yang sebelum puasa lagi sudahpun membuat tempahan baju. Tukang jahit baju pun tidak mengambil tempahan lagi jika sudah masuk minggu kedua puasa.


Bagi yang tak berkesempatan untuk menempah baju raya bolehlah dapatkan baju yang sudah siap dijahit yang berada di kedai-kedai menjual pakaian ataupun di pasaraya-pasaraya, rasanya tak kurang hebatnya jika beli baju yang sudah siap. Harga pun ada yang lebih murah dari kita tempah. Nasihat saya sebelum nak beli baju tu tengok-tengok sama harga pakaian tu, bandingkan dulu dengan kedai-kedai yang lain berhampiran, kadangkala baju sama tetapi harga yang lain-lain, sekurangnya dapat juga kita berjimat.

Sebolehnya bagi kaum-kaum wanita ni janganlah beli pakaian yang akan mendedahkan aurat anda, bagi yang bersuami, jagalah maruah suami anda, lihat sahaja pakaian seperti di dalam gambar ni, pakaian ini bukan sahaja jarang malah menampakkan apa yang tak sepatutnya dilihat oleh orang lain. Bagi yang punya isteri dan anak-anak perempuan, pastikan mereka tidak membeli atau menempah pakaian yang sedemikian, rugilah sebulan berpuasa membuat ibadah mengumpul pahala.Akhirkata belilah pakaian yang tidak menjolok mata, nampak manis di pandang dan sopan.


Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog