Kemana menghilang?

Respons: 0 comments

Sejak akhir-akhir ni memang saya jarang sangat jenguk blog saya ni, pendapatan dari nuffnang memang hampir tiada langsung, panduan 701 pun saya lama dah tak cek, lagipun trafik sangat perlahan macam mana nak jana pendapatan. Dashboard ni pun saya jarang-jarang buka, alih-alih buka malam ni tengok da upgrade da..nampak lebih ringkas dan menarik.Tahniah buat blogger.com kerana berusaha untuk menambah baik perkhidmatan walaupun percuma :-).

Punca saya jadi hilang semangat nak berbblogging asalnya saya ingin aktifkan domain yang saya sudah sewa bersama dengan hosting, bila tengah tukar-tukar template tetap gak tak memuaskan hati, kalau nak tengok boleh jenguk2 tengok www.batukuraukini.com. Alih-alih blogger lak jadi sangat slow sehinggakan saya nak buka tengok blog sendiri pun lambat sangat nak loading walaupun saya dah format pc semula.

Terima kasih bebanyak kepada kak Ida Zuraida yang sering aktif blogwalking ke blog saya dan yang lain-lain juga walau saya tak mention disini. korang memang blogger yang aktif dan insyaallah akan menjadi blogger yang berjaya di masa hadapan kelak. Harap-harap lepas ni blog saya ni tak jadi slow nak loading sampaikan nak tengok dekat chat pun tak dapat, macam mana nak berbalas kunjungan kan....takpun saya kena tukar template agar lebih ringan.


Berita Palsu Oleh Orang Yang Tak Bertanggungjawab

Respons: 2 comments

Sedang saya blogwalking awal pagi tadi, tiba-tiba saya terpandang pada satu berita yang mengatakan Tan Sri Jins Shamsudin telah meninggal dunia. Berita tersebut tersebar melalui Twitter. Setelah di selidiki rupanya berita tersebut adalah tidak benar dan Tan Sri Jins Masih Sihat Walafiat. Pengesahan ini telah di buat oleh Produser, Pengarah dan Pelakon terkenal Emma Fatima.

Sikap tidak bertanggungjawab oleh penyebar berita palsu ini sangat mengejikan. Menyebarkan berita kematian orang yang masih sihat. Sepatutnya sebelum menyebarkan pastikan berita itu sahih terlebih dahulu.Moga Allah memberikan petunjuk pada orang yang menyebarkan berita palsu ini.

Kartunis Qayyum Telah Kembali Ke Rahmatullah

Respons: 2 comments

Sewaktu saya kecil saya sangat suka Majalah Ujang. Majalah Ujang ni kiranya setiap bulan adalah wajib untuk saya beli. Saya paling suka kalau ada keluaran bumper, biarpun harga mahal tapi berbaloi bukan saja tebal dan penuh dengan kartun yang pastinya menggelikan hati tetapi juga ada VCD lakonan dari kartunis-kartunis Majalah Ujang, antara yang saya paling suka adalah lakonan Kartunis Qayyum, berkisar tentang seorang despatch yang ingin mencari alamat rumah. 

Jika semalam kita di kejutkan dengan pemergian Allahyarham Zami Ismail@ Pak Uda. Hari ini kita dikejutkan lagi dengan kembalinya kerahmatullah Kartunis Qayyum. Ikuti berita yang saya petik dari Hmetro.

KUALA LUMPUR: Editor dan penulis majalah kartun lawak antarabangsa, Ujang iaitu Rasdan Abdul Rahim, 41 atau lebih dikenali sebagai Qayyum meninggal dunia akibat serangan jantung, di rumahnya, di Fair Ville, USJ 22, dekat sini, malam kelmarin.
Isterinya, Suhaila Samsudin, 32, ketika dihubungi berkata, sebelum kejadian dia bersama suami dan anaknya ke ibu kota petang kelmarin atas urusan keluarga sebelum mereka pulang ke rumah kira-kira jam 9 malam.

Katanya, sewaktu menaiki tangga rumah suaminya tiba-tiba mengalami serangan jantung dan terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) namun doktor mengesahkan suaminya sudah meninggal dunia kira-kira jam 9.28 malam.
“Sebelum meninggal arwah sudah empat tahun mengidap penyakit jantung dan bergantung hidup pada ubat. Namun saya tidak menyangka semalam (kelmarin) adalah saat terakhir kami bersamanya,” katanya.

Zami Ismail Meninggal Dunia

Respons: 1 comments

Pelakon Zami Ismail @ Pak Uda telah kembali kerahmatullah sekitar jam 10.30 am tadi di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur. Difahamkan beliau telah mengalami serangan jantung. Al-Fatihah buat arwah dan takziah buat keluarganya. Semoga ALLAH meletakkan beliau di kalangan orang yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Notis Gangguan Bekalan Elektrik

Respons: 2 comments

Tengah hari ini dapat satu notis dari TNB. Saya ingatkan TNB datang nak potong bekalan elektrik kerana masih tidak bayar bil lagi. Rupanya mereka datang nak kasi notis yang esoknya mereka nak tutup bekalan elektrik dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Nampak gayanya terpaksalah bercuti lagi esok hari. Bulan yang sangat teruk saya rasakan, sudah lah berminggu berlaku gangguan bekalan elektrik, internet yang sangat perlahan ini dapat pula notis mengatakan tiada bekalan elekrik esok. Nampaknya hari ini kenalah isi minyak kereta motor siap-siap.

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog