Kartunis Qayyum Telah Kembali Ke Rahmatullah

Respons: 2 comments

Sewaktu saya kecil saya sangat suka Majalah Ujang. Majalah Ujang ni kiranya setiap bulan adalah wajib untuk saya beli. Saya paling suka kalau ada keluaran bumper, biarpun harga mahal tapi berbaloi bukan saja tebal dan penuh dengan kartun yang pastinya menggelikan hati tetapi juga ada VCD lakonan dari kartunis-kartunis Majalah Ujang, antara yang saya paling suka adalah lakonan Kartunis Qayyum, berkisar tentang seorang despatch yang ingin mencari alamat rumah. 

Jika semalam kita di kejutkan dengan pemergian Allahyarham Zami Ismail@ Pak Uda. Hari ini kita dikejutkan lagi dengan kembalinya kerahmatullah Kartunis Qayyum. Ikuti berita yang saya petik dari Hmetro.

KUALA LUMPUR: Editor dan penulis majalah kartun lawak antarabangsa, Ujang iaitu Rasdan Abdul Rahim, 41 atau lebih dikenali sebagai Qayyum meninggal dunia akibat serangan jantung, di rumahnya, di Fair Ville, USJ 22, dekat sini, malam kelmarin.
Isterinya, Suhaila Samsudin, 32, ketika dihubungi berkata, sebelum kejadian dia bersama suami dan anaknya ke ibu kota petang kelmarin atas urusan keluarga sebelum mereka pulang ke rumah kira-kira jam 9 malam.

Katanya, sewaktu menaiki tangga rumah suaminya tiba-tiba mengalami serangan jantung dan terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) namun doktor mengesahkan suaminya sudah meninggal dunia kira-kira jam 9.28 malam.
“Sebelum meninggal arwah sudah empat tahun mengidap penyakit jantung dan bergantung hidup pada ubat. Namun saya tidak menyangka semalam (kelmarin) adalah saat terakhir kami bersamanya,” katanya.

Zami Ismail Meninggal Dunia

Respons: 1 comments

Pelakon Zami Ismail @ Pak Uda telah kembali kerahmatullah sekitar jam 10.30 am tadi di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur. Difahamkan beliau telah mengalami serangan jantung. Al-Fatihah buat arwah dan takziah buat keluarganya. Semoga ALLAH meletakkan beliau di kalangan orang yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Notis Gangguan Bekalan Elektrik

Respons: 2 comments

Tengah hari ini dapat satu notis dari TNB. Saya ingatkan TNB datang nak potong bekalan elektrik kerana masih tidak bayar bil lagi. Rupanya mereka datang nak kasi notis yang esoknya mereka nak tutup bekalan elektrik dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Nampak gayanya terpaksalah bercuti lagi esok hari. Bulan yang sangat teruk saya rasakan, sudah lah berminggu berlaku gangguan bekalan elektrik, internet yang sangat perlahan ini dapat pula notis mengatakan tiada bekalan elekrik esok. Nampaknya hari ini kenalah isi minyak kereta motor siap-siap.

Bantal dan tilam kekabu asli untuk dijual

Respons: 4 comments


Assalamualamualaikum,hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua berkenaan kedai yang menjual bantal dan tilam kekabu asli.Kedai ini dimiliki oleh Encik Manan.Disini anda boleh beli bantal untuk katil pengantin.Harga yang ditawarkan memang berpatutan berbanding dengan kedai lain.


Selain dari bantal anda juga boleh dapatkan cadar,selimut,kain pelikat,dan kain batik.Harganya juga sangat berpatutan.Anda boleh datang ke kedainya di tepi jalan Kampung Perak Baru berhadapan kedai makan man haji hassan.


Kancil auto untuk dljual

Respons: 0 comments

kepada sesiapa yang berminat bolehla datang ke kedai ah siong untuk melihat sendiri kereta kancil ni.harga buka rm9000 je.1 owner.


Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog