Malang yang tak berbau

Respons: 0 comments
Assalamualaikum para pengunjungan yang saya hormati, malam ini saya nak kongsi dengan anda semua apa yang berlaku pada saya pada petang tadi.

Sewaktu saya sedang memandu kereta dari pekan Batu Kurau ke Arah Taiping petang tadi tiba-tiba seekor kera telah melintas secara mengejut dari sebelah kanan, saya yang terkejut sewaktu memandu dengan secara  automatik telah membelokkan streng kereta ke arah kanan, mujurlah tiada kereta di hadapan dan belakang sewaktu itu. Kejadian tersebut berlaku di Batu 12 selepas kubur tok payung.Kera itu telah mengenai bahagian bumper sebelah kiri saya. Namun umurnya masih panjang mungkin, sewaktu saya melihat cermin sisi kelihatan masih ada seekor kera di atas jalan, kemungkinan itu adalah kera yang sama yang saya telah terlanggar. Bumper kereta saya sebelah kiri telah tanggal dek kerana melanggar kera tersebut. Nampaknya esok kena la pergi bengkel kereta Ah Siong untuk masukkan semula bumper yang telah tertanggal tu. Compressor ekor pulak kelihatan agak kemik-kemik, tapi aircond masih lagi sejuk dan berfungsi seperti biasa.Harap-harap tidak mengalamani masalah serius.


Review Filem Kongsi

Respons: 0 comments
Sedikit sinopsis:-


Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.

ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.

ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.

Dari sudut pandangan saya:-
 
Filem Kongsi yang punyalah gah promosi di buat semenjak dari awal tahun 2011 lagi rupanya tak lebih dari sebuah filem yang entah apa-apa. Ceritanya agak tergantung dan membuatkan orang tertanya-tanya sejak dari awal sampailah akhir. Bukan niat saya nak kritik filem melayu. Cuma  jalan cerita yang cuba di paparkan tidak ada langsung unsur-unsur nasihat, yang ada cuma kita dapat tengok flashback Temulak belajar tomoi dekat siam. Walapun pada akhir ada sedikit aksi yang agak mendebarkan yang mana Temulak membawa kereta dan di kejar dengan kereta Polis Peronda Waja dan Evo. Namun keseluruhan cerita ini amat membosankan dan tidak cukup aksi.Kepada pengarah filem ni, tolong perbaiki filem arahan kamu, promosi yang gah, kutipan yang memberansangkan, sayangnya filem tiada nilai. 





Musim Kenduri Datang Lagi

Respons: 0 comments
Bermula dari 28 May Sehingga 12 June 2011, cuti sekolah. Masa inilah masa yang sesuai untuk buat kenduri kendara. Jadinya pakat sibuk pilih tarikh seperti 28,29, 4,5,11,12 . Memang penuhlah jadual nak pergi kenduri. Sampaikan ada satu hari kena pergi lebih dari lima kenduri. Alhamdulillah rezeki. Nampaknya setiap sabtu ahad dalam 3 minggu ni dapur rumah tak berasap la yer, itu dulu, zaman dulu-dulu orang masih gunakan dapur kayu, sekarang dah guna dapur gas atau dapur elektrik, jadi kuranglah asapnya ye.

Seperti mana orang lain begitu juga dengan saya, agak sibuk memenuhi jadual ke sana kemari dengan persiapan pertunangan saya lagi, juga mengunjungi majlis kenduri kahwin kawan-kawan. Memang agak padat jadual harian sekarang ni. 

Di bawah ini saya kongsikan kepada teman-teman sekalian sekitar majlis kenduri yang saya hadir semalam di Ulu Sepetang.

Fenomena Sebelum Gerhana matahari

Respons: 9 comments









Pada tengah hari tadi sekitar pukul 1 tengah hari saya berkesempatan untuk melihat fenomena di mana matahari kelihatan di kelilingi oleh Pelangi. Subhanallah memang sangat menakjubkan. Fenomena ini jarang-jarang sekali kita dapat lihat. Lebih kurang pukul 2.15 petang kalau yang bertuah akan dapat lihat gerhana matahari pula. Sayangnya pada waktu itu saya masih lagi di masjid, kalau tidak pasti saya akan letakkan gambar gerhana matahari di sini.

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog