Awas Burger Najis!

Respons: 5 comments

Telur Ayam yang terdapat najis dan belum dicuci.


Di bahagian buntut ayamlah tempat keluarnya telur ayam.


Gambar adalah hiasan, burger ayam.

Setelah beberapa hari tiada entry yang tebaru hari ni saya nak berkongsi tentang Burger Najis. Pernah tak anda semua makan burger ayam special?. Saya rasa tentu anda semua pernah makan bukan, kalau tak pernah tu boleh baca dan sampaikan pada kawan-kawan. Apa yang saya nak kongsikan pada petang ini ialah berkenaan telur yang digunakan untuk membungkus daging burger tadi, telur tersebut kadangkala ada sesetengah peniaga yang tidak mahu mencuci kulit telur terlebih dahulu. Ini menjadikan apabila mereka memegang telur tadi maka tangan mereka akan terkena najis yang ada pada telur, dengan tangan yang sama juga si peniaga tadi akan memegang pula roti , peralatan memasak dan sebagainya, dan secara tak langsung najis yang berada pada kulit telur tadi akan terpalit habis ke daging burger, pada roti burger , kertas tisu, plastik dan seterusnya burger itulah yang anda makan. Cuba bayangkan setiap hari jika anda makan burger ayam special, makanya setiap hari jugalah anda akan memakan najis yang secara tidak sengaja berada di dalam makanan anda iaitu burger tersebut.

Bagaimana pula telur tersebut boleh menjadi najis? Menurut apa yang di perkatakan oleh salah seorang ustaz yang berceramah di dalam kursus yang saya hadiri, katanya apa sahaja yang boleh di makan seperti telur adalah asalnya dari lubang najis maka kena kita cuci dahulu, jika kita dapat lihat ibu ayam seperti gambar di atas mengeluarkan telur dari lubang buntutnya tempat pengeluaran najis, maka telur tersebut secara tak langsung akan terpalit dengan najis yang terdapat pada buntutnya ayam tersebut. Telur yang di basuh tidak boleh bertahan lama, jadinya telur tersebut tidak di basuh terlebih dahulu untuk mengelakkan telur tidak tahan lama.

Para peniaga sepatutnya lebih bertanggungjawab pada pemakanan yang di jual oleh mereka agar para pembeli tidak termakan makanan yang berunsur najis, Makanan yang terdapat najis tidak terhad kepada burger sahaja, makanan yang di jual di gerai-gerai seperti char kuew tiaw, mee goreng, murtabak yang hanya mengambil jalan mudah meletakkan telur pada bekas telur kertas yang kita sedia ada maklum terdapat najis pada bekas telur tersebut. Jadinya terpulang pada anda semua untuk memilih pemakanan mana yang sesuai untuk anda makan, makanan yang terdapat najis secara terang-terangan dengan amalan persedian yang tidak bersih, ataupun makanan yang bersih dan suci lagi halal. Mengikut apa yang saya faham, najis adalah haram di makan.

Karnival Jom Heboh

Respons: 0 comments




Semalam sempat berkunjung ke stadium batu kawan menyaksikan karnival jom heboh.sambutan hari kedua amat menggalakkan ramai datang ke karnival ni termasuklah dari kedah dan perak.


Blogaway

Respons: 2 comments

ini percubaan pertama menggunakan blogaway


Hasani Kursus Kahwin

Respons: 0 comments
Siang tadi saya menghadiri sesi pertama kursus kahwin di Hasani Group. Buat pengetahuan semua terutama di Perak, jumlah waktu untuk kursus kahwin ini akan di tambahkan, oleh kerana terdapat banyak sangat kes-kes penceraian di Perak ini jadinya jabatan agama islam perak bercadang untuk menambah baik modul yang sedia ada. Mengikut cakap-cakap pendaftar nikah negeri Perak tadi kemungkinan akan di buat untuk selama 3 bulan. Jadi pada sesiapa yang belum lagi mengambil kursus kawin ni adalah dinasihatkan untuk mengambil kursus tersebut secepat yang mungkin untuk mengelakkan sebarang kerumitan di kemudian hari. Ada juga cakap-cakap yang saya dengar di satu negeri tu ada yang sudah buat selamat 5 hari, ada yang 3 hari. Setakat minggu ini di Hasani Cawangan Kamunting masih lagi 2 hari. Bagi saya amat berbaloi di laburkan RM80 untuk mendengar ceramah selama dua hari di Hasani. Ustaz-ustaz yang menyampaikan pun ustaz yang memang orang yang arif tentang nikah kahwin ni, ada yang merupakan kaunselor, ada yang merupakan pendaftar nikah bukan sahaja kita dapat pelajari semula apa yang kita pelajari di sekolah malah ada beberapa ilmu alam rumah tangga di kongsikan bersama peserta kursus. Esok adalah hari terakhir kursus. Moga-moga dapat jawab test dengan jayanya esok petang.

Sup ayam yang lazat

Respons: 2 comments
Tengah hari ini saya nak berkongsi berkenaan sup ayam yang saya makan malam tadi.Kalau nak tahu malam tadi saya musa dan gg telah pergi ke kedai makan pak su mat bt 14.kami ke sana semata-mata ingin menikmati kenikmatan rasa sup ayam dan sup daging.Rasanya memang sedap.Bagi yang mengemari ala thai boleh berkunjung ke sini.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog