Halalkah Daging Kuda?

Respons: 2 comments


Berikut Merupakan persoalan dan jawapan yang saya ambil dari salah satu web seberang mengenai halal haram kita memakan daging kuda, hari ni saya terbaca di halaman surat khabar Harian Metro mengatakan ada seekor kuda yang melanggar sebuah kereta Produa Myvi lalu mengorbankan pemandu.

Tanya:

Ada perbedaan pendapat di antara kami, saya dan teman-teman, tentang halal dan haramnya daging kuda. Yang setuju bahwa daging kuda haram dengan alasan bahwa kuda termasuk hewan berkuku tunggal. Mohon penjelasan sehubungan dengan hal tersebut, beserta dasar hukumnya.

Terimakasih.

Dwi Liliek Kusindarta - Yogyakarta

Jawab:

Di dalam agama Islam terdapat dua kelompok fuqoha' yang berbeda pendapat tentang hukum memakan daging kuda. Akan tetapi fuqoha' yang mengatakan bahwa daging kuda halal, alasannya lebih jelas dan kuat. Dalil-dalilnya:
  1. Jabir berkata bahwa Nabi saw melarang kita untuk memakan daging keledai (humur al-Ahliyah) dan mengizinkan kita untuk memakan daging kuda, hal ini terjadi ketika perang Khoibar berkecamuk.(Muttafaq 'Alaihi)
  2. Abu Dawud dan Nasa'i meriwayatkan bahwa suatu hari Nabi saw bersama para sahabatnya memakan daging kuda dan melarang para sahabat untuk memakan daging keledai (humur al-ahliyah).
  3. Daar al-Quthni meriwayatkan bahwa para sahabat pernah memakan daging kuda serta meminum susunya, hal ini terjadi ketika mereka sedang melakukan perjalanan bersama Nabi.
  4. Asma' binti Abu bakar berkata: "Pada zaman Nabi saw kita pernah menyembelih seekor kuda dan ketika itu kami berada di Madinah dan kemudian kami memakannya. (Mutafaq 'alaihi).
  5. Ahmad berkata: "Kita pernah menyembelih seekor kuda di zaman Nabi saw dan kemudian memakannya berserta ahlu bait Nabi.
Inilah hadis-hadis yang menerangkan bahwa daging kuda adalah halal dimakan. Sedangkan hadis yang melandasi keharamannya adalah:
  1. Rasululloh melarang kita untuk memakan daging keledai, kuda dan peranakan dari keduanya.
  2. Nabi saw melarang kita untuk memakan daging kuda pada waktu perang Khoibar.

Bukhori mengatakan bahwa hadis pertama adalah hadis mudthorib, karena di dalam sanadnya terdapat Ikrimah bin Umar yang dianggap oleh para ahli hadis sebagai tidak dapat dipercaya. Sedangakan hadis kedua, menurut para ahli hadis tersebut termasuk 'syadz' dan munkar.

Dengan demikian tetaplah kehalalan daging kuda.

Kuew Tiaw Goreng Kerang

Respons: 0 comments

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua Gerai Kuew Tiaw Goreng Kerang berhadapan dengan Balai Polis Batu Kurau. Bagi orang yang sudah biasa makan Kuew Tiaw Goreng Kerang Wahab Driver Ambulan mesti sudah biasa makan di kedai makan berhadapan dengan BSN Batu Kurau pada waktu petang. Keenakan rasanya membuatkan orang sering berkunjung ke kedai makan tersebut termasuk pelanggan dari Taiping sekalipun datang semata-mata ingin menikmati kelazatan kuew tiaw goreng kerang Wahab ni. Petang tadi sempat saya menikmati kenikmatan Kuew Tiaw Goreng Kerang ini yang di masak oleh Wahab atau lebih di kenali dengan gelaran Pak Teh Wahab. Bermula dari pukul 5.30 Petang anda boleh datang duduk dan makan di gerai ini mahupun bungkus bawa pulang. Jika anda bawa pulang lebih terasa nikmatnya kerana bungkusan nya di lapik dengan sejenis daun yang bertindak balas menghasilkan bau yang wangi menaikkan lagi selera. Pada yang belum pernah mencuba datanglah ke Batu Kurau, Taiping Perak. Memang Enak. Harga yang berpatutan hanya RM3.00 untuk sepinggan mahupun sebungkus. Pastinya anda akan berpuas hati.

Kelihatan Pak Teh Wahab sedang sibuk menggoreng Kuew Tiaw


Ini hasilnya berkat kesabaran Nyum Nyum Lazat


Kemalangan berhampiran Taman Rakyat

Respons: 0 comments


1 March 2011, Satu kemalangan telah berlaku berhampiran Taman Rakyat, sebuah motorsikal Honda Ex5 kelihatan terbalik di tengah jalan dan penunggang motorsikal terbaring di atas jalan dan dikerumuni orang ramai yang membantu. Saya tidak sempat mengetahui cerita sebenar. Moga mangsa kemalangan tersebut selamat.

Paip Pecah Lagi

Respons: 0 comments
Sudah dua hari tak berkesempatan untuk mengemaskini berita-berita terbaru kerana terlalu sibuk dengan tugas harian. Al-maklum saya berniaga sendiri, jadi kerja yang berhadapan dengan pelanggan ni sedikit sebanyak akan membuatkan saya menjadi sangat sibuk sesetengah masa tu.

Dua hari lepas Pekan Batu Kurau mengalami gangguan bekalan air lagi, pada mulanya bekalan air menjadi sangat perlahan dan menyukarkan untuk melakukan aktiviti harian seperti memasak, mencuci pakaian dan sebagainya yang melibatkan penggunaan air. Oleh kerana tahap kesabaran yang sangat memuncak dan hampir hilang sabar saya telah menghungi LAP Taiping untuk membuat aduan. Pihak LAP memaklumkan berlakunya paip pecah berukuran 12 inci di jalan besar antara Jelai ke Batu Kurau. Besar nyer batang paip tu.Menurut sahabat saya Azhar paip bekalan air di Batu Kurau ini telah sekian lama tidak di tukar kemungkinan hampir 20 tahun. Jadi adalah wajar jika paip-paip ini mengalami kerosakan seperti bocor, pecah dan sebagainya. Berikut sedikit gambar kerja-kerja penyelenggaraan yang di laksanakan oleh Kontraktor untuk membaik pulih paip bocor. Kualiti gambar kurang memuaskan kerana saya mengambil sewaktu memandu kereta(Dilarang meniru aksi ini sangat berbahaya).




Kerbau di tepi jalan

Respons: 1 comments

Kerbau siapakah ini yang berada di tepi jalan berhampiran dengan taman rakyat.Bukan sahaja membahayakan pemandu malah boleh menyebabkan kesesakan lalulintas.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog