Komplen?

Respons: 1 comments
Petang nanti sebaliknya saya dari Econsave insyaAllah saya akan post gambar berkenaan dengan apa yang saya nak komplen.siapa yang harus bertanggungjawab dengan soal yang saya nak komplen ni nanti.adakah ada insan yang berhati mulia untuk secara sukarela untuk menubuhkan pasukan sukarela.

Perasmian Majlis Pecah Tanah Pusat Tahfiz Al-Quran Nurul Iman

Respons: 0 comments









Pada hari ini 23 Januari 2011 berlangsungnya acara Perasmian Majlis Pecah Tanah Pusat Tahfiz Al-Quran yang di sempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir merangkap menteri Besar Perak. Bersamaan dengan majlis perasmian ini juga di adakan acara menyampaikan sumbangan daripada pihak individu dan pemimpin masyarakat setempat, juga daripada syarikat-syarikat. Alhamdulillah setakat saya berada di sana jumlah kutipan telah mencecah hampir rm300, 000.

Disamping memberi sumbangan untuk pembinaan Pusat Tahfiz Al-Quran Nurul Iman, Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir turut juga menyampaikan cenderahati kepada bekas wakil rakyat yang telah berkhidmat di Batu Kurau antaranya Yang Berbahagia Cikgu Jefri.

Majlis di sempurnakan lagi dengan bacaan doa dari pada Haji Zakuan, Imam Masjid Pekan Batu Kurau.

Ucapan Terima Kasih yang tak terhingga kepada Pak Cik Jan yang menjemput saya agar hadir ke majlis ini, juga kepada semua para petugas media yang tidak mengganggu sewaktu saya mengambil gambar dan membuat liputan di sana.

Jalan Baru Batu Kurau ke Jelai

Respons: 6 comments


Untuk posting pagi ini saya paparkan jalan raya baru menghubungkan antara Pekan Batu Kurau ke Jelai, tidaklah sepanjang mana pun hanya beberapa ratus meter namun cukuplah untuk memudahkan rakyat pekan Batu Kurau ini untuk ke Jelai ataupun dari Jelai nak ke Taiping, inilah jalan yang terdekat yang ada bagi mereka dari arah Jelai. Oleh kerana di depan tokong cina batu kurau bersebelahan dengan peladang sering kali berlakunya banjir apabila hujan lebat, kerajaan mengambil inisiatif dengan menyediakan peruntukan untuk menurap jalan lebih tinggi supaya air parit berdekatan tidak melimpah hingga ke jalan dan menyebabkan kesesakan teruk dan terputusnya hubungan antara Pekan Batu Kurau hendak ke arah Jelai.

Tip Untuk Menjimatkan Petrol

Respons: 1 comments


Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tips-tips untuk menjimatkan minyak petrol ketika memandu. Ini lebih kepada orang yang memandu kereta, kerana kereta menggunakan kuantiti minyak yang lebih kan.

  • Pastikan anda Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan, jangan terlalu perlahan hingga mati enjin pula.
  • Pandu kenderaan anda perlahan terutama apabila menghampiri lampu isyarat dan cuba dapatkan jarak masa sehingga lampu hijau supaya anda tidak perlu berhenti.
  • Apabila menuruni bukit, cuba tutup suis enjin atau ambil lajak dengan membiarkan kenderaan bergerak bebas tanpa menekan pedal minyak. Tindakan seperti ini tidak di galakkan di khuatiri kereta akan mengalami kerosakan komponen lain pula.
  • Tutup suis A/C dan gunakan “blower” tanpa pendingin udara. Jika cuaca terlalu panas barulah buka suis A/C.
  • Apabila melalui selekoh, cuba gunakan kelajuan yang sama tanpa menambah kelajuan kenderaan.
  • Ekori belakang kenderaan seperti bas, lori atau van secara selamat supaya rintangan udara (aerodinamik) dapat diminimumkan. pastikan jarak anda adalah selamat.
  • Minimumkan berat muatan kenderaan anda supaya kenderaan dapat bergerak mudah tanpa beban yang memerlukan penggunaan tenaga yang lebih.
  • Kurangkan penggunaan brek dengan mengurangkan kelajuan sebelum hendak berhenti kerana apabila membrek ketika kenderaan sedang bergerak laju, ia sedang membazirkan bahanapi tanpa memberi faedah kepada anda.
  • Rancang perjalanan anda dengan bijak, cari jalan pintas dan elakkan kesesakan trafik atau pusingan yang jauh. Jauhi jalan yang berbukit atau berlopak-lopak.

Jimat petrol, jimat duit


Tolong Vote untuk kawan saya di facebook.

Respons: 0 comments
Sila Click link sini kemudian add application di facebook anda dan click pada vote nota muzika untuk vote kawan saya yang memasuki pertandingan astro hitz.tolong yer orang Batu Kurau juga isterinya..

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog