VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
-
Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan
sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor.
'Duduklah dengan ka...
Home → Archives for January 2011
Komplen?
Petang nanti sebaliknya saya dari Econsave insyaAllah saya akan post gambar berkenaan dengan apa yang saya nak komplen.siapa yang harus bertanggungjawab dengan soal yang saya nak komplen ni nanti.adakah ada insan yang berhati mulia untuk secara sukarela untuk menubuhkan pasukan sukarela.
Tags:
Komplen
Perasmian Majlis Pecah Tanah Pusat Tahfiz Al-Quran Nurul Iman
Pada hari ini 23 Januari 2011 berlangsungnya acara Perasmian Majlis Pecah Tanah Pusat Tahfiz Al-Quran yang di sempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir merangkap menteri Besar Perak. Bersamaan dengan majlis perasmian ini juga di adakan acara menyampaikan sumbangan daripada pihak individu dan pemimpin masyarakat setempat, juga daripada syarikat-syarikat. Alhamdulillah setakat saya berada di sana jumlah kutipan telah mencecah hampir rm300, 000.
Disamping memberi sumbangan untuk pembinaan Pusat Tahfiz Al-Quran Nurul Iman, Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir turut juga menyampaikan cenderahati kepada bekas wakil rakyat yang telah berkhidmat di Batu Kurau antaranya Yang Berbahagia Cikgu Jefri.
Majlis di sempurnakan lagi dengan bacaan doa dari pada Haji Zakuan, Imam Masjid Pekan Batu Kurau.
Ucapan Terima Kasih yang tak terhingga kepada Pak Cik Jan yang menjemput saya agar hadir ke majlis ini, juga kepada semua para petugas media yang tidak mengganggu sewaktu saya mengambil gambar dan membuat liputan di sana.
Tags:
Acara
Jalan Baru Batu Kurau ke Jelai
Untuk posting pagi ini saya paparkan jalan raya baru menghubungkan antara Pekan Batu Kurau ke Jelai, tidaklah sepanjang mana pun hanya beberapa ratus meter namun cukuplah untuk memudahkan rakyat pekan Batu Kurau ini untuk ke Jelai ataupun dari Jelai nak ke Taiping, inilah jalan yang terdekat yang ada bagi mereka dari arah Jelai. Oleh kerana di depan tokong cina batu kurau bersebelahan dengan peladang sering kali berlakunya banjir apabila hujan lebat, kerajaan mengambil inisiatif dengan menyediakan peruntukan untuk menurap jalan lebih tinggi supaya air parit berdekatan tidak melimpah hingga ke jalan dan menyebabkan kesesakan teruk dan terputusnya hubungan antara Pekan Batu Kurau hendak ke arah Jelai.
Tags:
Facility
Tip Untuk Menjimatkan Petrol

Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tips-tips untuk menjimatkan minyak petrol ketika memandu. Ini lebih kepada orang yang memandu kereta, kerana kereta menggunakan kuantiti minyak yang lebih kan.
- Pastikan anda Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan, jangan terlalu perlahan hingga mati enjin pula.
- Pandu kenderaan anda perlahan terutama apabila menghampiri lampu isyarat dan cuba dapatkan jarak masa sehingga lampu hijau supaya anda tidak perlu berhenti.
- Apabila menuruni bukit, cuba tutup suis enjin atau ambil lajak dengan membiarkan kenderaan bergerak bebas tanpa menekan pedal minyak. Tindakan seperti ini tidak di galakkan di khuatiri kereta akan mengalami kerosakan komponen lain pula.
- Tutup suis A/C dan gunakan “blower” tanpa pendingin udara. Jika cuaca terlalu panas barulah buka suis A/C.
- Apabila melalui selekoh, cuba gunakan kelajuan yang sama tanpa menambah kelajuan kenderaan.
- Ekori belakang kenderaan seperti bas, lori atau van secara selamat supaya rintangan udara (aerodinamik) dapat diminimumkan. pastikan jarak anda adalah selamat.
- Minimumkan berat muatan kenderaan anda supaya kenderaan dapat bergerak mudah tanpa beban yang memerlukan penggunaan tenaga yang lebih.
- Kurangkan penggunaan brek dengan mengurangkan kelajuan sebelum hendak berhenti kerana apabila membrek ketika kenderaan sedang bergerak laju, ia sedang membazirkan bahanapi tanpa memberi faedah kepada anda.
- Rancang perjalanan anda dengan bijak, cari jalan pintas dan elakkan kesesakan trafik atau pusingan yang jauh. Jauhi jalan yang berbukit atau berlopak-lopak.
Jimat petrol, jimat duit
Tags:
Tips
Tolong Vote untuk kawan saya di facebook.
Sila Click link sini kemudian add application di facebook anda dan click pada vote nota muzika untuk vote kawan saya yang memasuki pertandingan astro hitz.tolong yer orang Batu Kurau juga isterinya..
Tags:
Amal
Pasar Tani Batu Kurau.
Tags:
Event
Jemputan Ke Majlis Perasmian Pecah Tanah!

Semua muslimin dan muslimat di jemput hadir ke majlis perasmian pecah tanah pembinaan Pusat Tahfiz Nurul Iman oleh Y.A.B Menteri Besar Perak pada ketetapan seperti tertera di atas.Mohon jasa baik rakan-rakan untuk sebarkan. Bagi yang bermurah hati bolehlah membuat sumbangan.insyaALLAH selagi Pusat Tahfiz ini beroperasi selagi itulah pahala anda bertambah.
Tags:
Jemputan
BSN Batu Kurau
Tags:
Facility
Sekolah Kebangsaan Kampung Perak?
Gambar ini di ambil petang tadi sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, kelihatan ada aktiviti mengerudi tanah untuk memeriksa berapa dalam piling ingin di tanam di kawasan tersebut untuk pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Perak tersebut. Syukur Alhamdulillah jika berjalan lancar kita akan dapat lihat jalan Taiping-Anak Kurau dan juga Sekolah Menengah Baru di Kampung Perak.
Tags:
SMKKP
Subscribe to:
Posts (Atom)
No Spam Please !!
Popular Posts
-
Yang tempurung tu kepol (4 kepol 1 cupak), yang tengah cupak (4 cupak 1 gantang).Yang besar tu gantang( Satu gantang beras untuk bay...
-
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh... Hari ini saya nak berkongsi satu topik yang sering menjadi isu apabila tibanya musim peraya...
-
Air merupakan keperluan yang sangat penting dalam tubuh badan manusia yang di perlukan sehingga akhir hayat. Kita perlu memberi perhatian ...
Category
- Acara (5)
- Amal (4)
- Artikel (3)
- Ashadee (1)
- Automotif (2)
- Berita Dari Akhbar (1)
- BESTMOBILE TELCO (3)
- Cuaca (1)
- Event (2)
- Facility (8)
- Filem Review (2)
- Gajet (1)
- Gambar Pekan (1)
- Hiburan (4)
- Info Agama (4)
- Info Kesihatan (2)
- Info Pendidikan (1)
- Info Perlancongan dan Penginapan (1)
- Isu Semasa (25)
- Jelajah (3)
- Jemputan (1)
- Jualan (1)
- Kedai (4)
- Kelakar (1)
- Kemalangan (1)
- Kesihatan (2)
- Komplen (4)
- Kongsi (67)
- Luahan (8)
- Movie (1)
- Pembangunan (3)
- Pengumuman (5)
- Perhatian (6)
- Perlancongan Taiping (3)
- Petua (1)
- Resepi (2)
- Segmen (1)
- simkad magic (1)
- SMKKP (1)
- Tandas (1)
- Tips (1)
Arsip Blog
-
▼
2011
(164)
-
▼
January
(10)
- Komplen?
- Perasmian Majlis Pecah Tanah Pusat Tahfiz Al-Quran...
- Jalan Baru Batu Kurau ke Jelai
- Tip Untuk Menjimatkan Petrol
- Tolong Vote untuk kawan saya di facebook.
- Kucing Terbiar Perlukan Perhatian
- Pasar Tani Batu Kurau.
- Jemputan Ke Majlis Perasmian Pecah Tanah!
- BSN Batu Kurau
- Sekolah Kebangsaan Kampung Perak?
-
▼
January
(10)
Blog Terbaik
Recent Posts
- 25/05/2015 - 2 comments
- 20/04/2015 - 2 comments
- 17/04/2015 - 0 comments
- 17/04/2015 - 2 comments
- 06/03/2015 - 0 comments
Recent Comments
abu abdullah on Portal Berita Terkini
HAZIM on Portal Berita Terkini
Anonymous on Portal Berita Terkini
Anonymous on Portal Berita Terkini
Anonymous on Portal Berita Terkini